Dec 1, 2010

PROGRAM HARI TAKLIMAT DAN SILATURRAHIM 2010 MELABUHKAN TIRAINYA

0 comments

SHOUBRA, 30 November 2010 - Program Hari Taklimat dan Silaturrahim 2010 (HTS '10) DPM (MAQAZ) Shoubra akhirnya melabuhkan tirainya semalam dengan Majlis Perasmian Penutup HTS '10. 
Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra 2010/2011 Saudara Ahmad ‘Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki sekaligus merasmikan  Majlis Perasmian Penutup HTS '10.  Di dalam ucapan tersebut, beliau menekankan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian penting oleh mahasiswa baru terutamanya pada pengajian dan kepentingan menyeratai Muzakarah Berkelompok.
Program diteruskan dengan slot muhasabah. Slot muhasabah ini memberi ruang kepada mahasiswa-mahasiswa baru untuk menilai keseluruhan program HTS '10 meliputi pengurusan pengajian, visa, perumahan dan lainnya.
Ketibaan Badan Pengurus PMRAM Saudara Mohd Farkhan bin Mat Zain dan Saudara Muhammad Al-Hidayat bin Khalid menyerikan lagi majlis tersebut. Tayangan video keseluruhan program HTS '10 menggamit seribu satu memori kepada semua.
Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah kepada  mahasiswa baru yang bertuah. Seramai 10 orang telah menerima anugerah tersebut hasil nilaian ahli jawatankuasa program.

Comments

0 comments to "PROGRAM HARI TAKLIMAT DAN SILATURRAHIM 2010 MELABUHKAN TIRAINYA"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah