
mengucapkan
'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1430 H'
" كل عام وأنتم طيبين "



Dauran Shoubra - 22 November 2009 - Kelas Pengajian Matan Tuhfatul Atfal yang disampaikan oleh Sheikh Toha Muhammad, telah bermula pada petang tadi selepas solat Asar. Kelas pengajian tersebut yang dikendalikan oleh Unit Pengetahuan dan Pendidikan merupakan satu inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkenaan dengan asas-asas ilmu tajwid. Pihak DPM mengharapkan agar semua ahli boleh mengambil peluang ini untuk bersama-sama menghadiri pengajian yang disampaikan oleh Sheikh Toha tersebut. Kelas pengajian ini akan berlansung pada setiap hari Ahad selepas solat Asar di markaz DPM. Pihak penganjur juga mengalu-alukan penyertaan dari sahabat-sahabat yang berada di BKAN dan DPM yang lain. Semoga usaha murni ini mendapat rahmat daripada Allah.
p/s : Kelas ini dibatalkan pada minggu hadapan untuk memberi laluan kepada program hari raya korban yang akan datang.

18 November 2009 - Dauran Shoubra - Seramai kira-kira 40 orang pelajar tahun satu telah menyertai Program Kolokium Ilmuan (Q) PMRAM yang telah dianjurkan oleh pihak DPM [MAQAZ] Shoubra di bawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan. Program yang diadakan ini merupakan program tahunan yang dikhususkan kepada semua mahasiswa tahun satu. Program bermula kira-kira jam 8.00 malam selepas selesai menunaikan solat Isya. Sebelum itu, pihak DESAKJPMK telah hadir untuk memberikan sedikit penjelasan berkenaan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan Isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah yang dianjurkan oleh pihak PMRAM baru-baru ini. Maklumat lanjut berkenaan dengan DESAK sila layari laman rasmi DESAKJPMK.Samada sedar atau tidak…dalam kesibukan kita menjalani rutin kehidupan…kita sekarang telah pun berada dalam bulan yang terakhir bagi tahun 1430 hijriah.Ini bermakna sekali lagi pada tahun ini kita diberi peluang untuk mengutip kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan ini…
Diantara kelebihan2 10 hari ini adalah seperti berikut:-
1. sabda Nabi s.a.w “ tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan dzulhijjah “ para sahabat bertanya adakah jihad fisabilillah ( didalam hari yang selain sepuluh terawal dzulhijah ) tidak boleh menandingi amalan ( selain daripada jihad ) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut.” Nabi bersabda” jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”(Hr Bukhari)
Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah