Showing posts with label MAKLUMAN DPM. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAN DPM. Show all posts

Oct 4, 2010

Jadual Tugasan AJKT PMRAM Caw. Shoubra 2010/ 2011

0 comments

Ahad

Muhamad Ridzuan Adzemi

Mohammad Naim Abd Rahim

Isnin

Nurul Amin Ismail

Aubidullah Fahim Ibrahim

Selasa

Sufyan Omar

Ahmad Izzuddin Ahmad Shahbudin

Rabu

Mohammad Taisir Mohd Hussin

Muaz Ab Halim

Khamis

Jamal Mohd Qurtubi Sulaiman

Mohd Faiz Hamdan

Jumaat

Cuti

Sabtu

Semua AJKT


Sep 21, 2010

Himpunan Aktivis PMRAM Kali ke-2 : Pengarah Dan Timbalan Pengarah Sila Laporkan Diri

0 comments
KAHERAH, 21 September - Makluman penting kepada seluruh Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi unit-unit di bawah PMRAM sesi 2010, Himpunan Aktivis PMRAM kali ke-2 akan diadakan dalam masa terdekat ini. Seluruh Pengarah dan Timbalan Pengarah diminta untuk melaporkan diri kepada Badan Pengurus dan HEWI PMRAM yang melibatkan portfolio masing-masing, dan mengosongkan waktu yang akan dimaklumkan secara langsung oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah PESAT.

Himpunan Aktivis PMRAM kali ke-2 merupakan kesinambungan bagi Himpunan Aktivis PMRAM kali pertama dalam memperkasakan gerak kerja setiap unit di bawah PMRAM. Selain itu, ia adalah untuk menilai akan kekuatan dan kelemahan bagi memperkemaskan gerak kerja di seluruh peringkat unit dengan tugasan dan objektif masing-masing.

"Pada sesi ini, PMRAM optimis untuk memperkasakan kekuatan di seluruh peringkat. Ia termasuk juga akan unit-unit di bawah PMRAM yang membawa misi dan dasar PMRAM dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru, himpunan ini adalah bagi membina kekuatan dari masa ke semasa di samping menyelesaikan kekurangan yang berlaku di beberapa unit." jelas Saudara Muhamad Zuhaili Saiman, Timbalan Presiden PMRAM merangkap Ketua Lajnah Perancang Dan Panitia.

Justeru, PESAT pada sesi ini akan lebih fokus dalam menjayakan pembawakan ucapan dasar Presiden dalam subtajuk 'Ke arah melahirkan Aktivis Islam' dengan mengadakan beberapa aktiviti, dan yang paling utama ialah Himpunan Aktivis PMRAM yang lebih memfokuskan seluruh unit di bawah PMRAM dengan permulaan membentuk kekuatan bersepadu di kalangan Pengarah dan Timbalan Pengarah unit, di samping beberapa perancangan yang lain.

Dijangkan lebih 20 unit akan dilibatkan dalam himpunan ini di antaranya ialah PMC, MANHAL, Hisbah, Bait Muslim, Fityan, Unit Penerangan Umum, Mini Pavilion dan lain-lain lagi.

Sebarang makluman lanjut berhubung Himpunan Aktivis PMRAM kali ke-2 akan diberikan secara langsung oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah PESAT kepada seluruh Pengarah dan Timbalan Pengarah.

Aug 24, 2010

PEKELILING AHLI JAWATANKUASA TADBIR DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA SHOUBRA SESI 2010/2011

0 comments
(klik notis untuk paparan lebih jelas)

Aug 18, 2010

MAKLUMAN: SESI BANTAHAN CALON AJKT DPM (MAQAZ) SHOUBRA 2010/2011

0 comments
Dengan ini pihak Suruhanjaya Pilihanraya DPM (MAQAZ) Shoubra membuka tempoh bantahan untuk calon Ahli Jawatankuasa Tadbir DPM (MAQAZ) SHoubra sesi 2010/2011. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

MAKLUMAN : SENARAI CALON AHLI JAWATANKUASA TADBIR DPM (MAQAZ) SHOUBRA SESI 2010/2011

0 comments

Berikut adalah senarai calon yang bertanding bagi Ahli Jawatankuasa Tadbir DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2010/2011. Semua calon menang tanpa bertanding

MAKLUMAN: NOTIS PEMBUKAAN USUL MAT DPM (MAQAZ) SHOUBRA x18

0 comments
(klik notis untuk paparan lebih jelas)

Aug 12, 2010

MAKLUMAN : PENCALONAN BARU AJKT DPM (MAQAZ) SHOUBRA 2010/2011

0 comments
Makluman kepada semua ahli DPM (MAQAZ) Shoubra, Suruhanjaya Pilihanraya DPM (MAQAZ) Shoubra 2009/2010 akan membuka pencalonan baru untuk AJKT bagi sesi pentadbiran 2010/2011. Maklumat lanjut seperti berikut:


MAKLUMAN: PEKELILING PEMANGKUAN JAWATAN

0 comments


Aug 11, 2010

MAKLUMAN : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPM (MAQAZ) SHOUBRA KALI KE 18

0 comments

Jul 26, 2010

PENGUMUMAN: PROSEDUR PERMOHONAN KULIAH AL QURAN TANTA

0 comments
Makluman ralat ejaan:
Maahad Tasniq dieja Maahad Tansiq
Sebarang kesulitan amat dikesali

Jul 19, 2010

Makluman Untuk Mahasiswa Qiraat Tahun 1 Shoubra

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.


Makluman kepada semua Mahasiswa Qiraat Tahun 1 Shoubra, Peperiksaan Al-Quran Syafawi akan dijalankan pada Jam 8.30 pagi esok (20 Julai 2010). Peperiksaan bulan Mei yang lalu tidak dikira atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sila hadir ke Maahad untuk menduduki peperiksaan tersebut esok pagi.

Sekian dimaklumkan.

Sebarkan…

Jun 21, 2010

Makluman kepada semua mahasiswa tahun 1..

0 comments
Anda diminta untuk hadir ke maahad pada :

Tarikh : 26 Jun 2010 ( Sabtu )

Masa : 8.00 Pagi

Bawa bersama : LE 5 & Pasport

Sila hadir ke maahad untuk mengambil kerneh & tasdiq..


Sebarang pertanyaan , sila berhubung terus dengan Ustaz Md Saifullah Nik Abdullah (Ketua Unit Pengetahuan & Pendidikan)

May 6, 2010

JAWAPAN BALAS TERHADAP KENYATAAN RASMI JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH (JPMK)

0 comments

Berikut merupakan jawapan balas terhadap kenyataan rasmi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) berhubung isu kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat Mansurah dan Shoubra.

Beberapa punca masalah telah dilampirkan oleh pihak JPMK antaranya :

1.  Pelajar lewat sampai ke Mesir.

Buat makluman, mahasiswa/si tidak pernah mendapat sebarang makluman daripada pihak JPMK berkenaan ketetapan tarikh untuk tiba di Mesir.

2. Pelajar lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan iaitu pada 22 November 2009 sedangkan tarikh tutup 30 Oktober 2009.

Mahasiswa/wi tidak pernah mendapat makluman tarikh tutup penyerahan segala dokumen pada 30 Oktober 2009 daripada pihak JPMK melalui sebarang saluran. Wakil pelajar hanya dimaklumkan tentang tarikh tutup tersebut ketika pertemuan rasmi dengan Atase Akademik JPMK  pada 3 Mei 2010.

3. Visa telah tamat tempoh dan ada sebahagian pelajar tidak membuat visa. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menerima salinan visa yang terakhir pada 26 Disember 2009.

Masalah visa adalah rentetan daripada masalah yang pertama dan mahasiswa/wi Qiraat menghadapi masalah memperbaharuinya untuk kali kedua .

4. Wakil pelajar tidak mengikut prosedur yang diberikan oleh pegawai JPMK. Pelajar yang menguruskan sendiri visa dan pemeriksaan kesihatan dapat menyerahkan kepada JPMK sebelum 30 Oktober 2009.

Kami menafikan pihak JPMK  mengeluarkan sebarang prosedur bagi isu ini untuk dipatuhi

Dalam kenyataan tersebut, berhubung tindakan yang diambil oleh pihak JPMK wujud kekeliruan fakta yang jelas:

    29 April 2010
    Idaratul Wafidin memulangkan semua fail pelajar kepada JPMK 

Kenyataan ini bercanggah dengan tulisan Atase Pendidikan JPMK di dalam blog rasminya yang menyatakan:

“Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar. ”.

 Sila rujuk blog Rasmi Atase Pendidikan bertarikh 30 April 2010 (lihat).


Disediakan oleh :

Mohd Zahimi bin Mohd Dzahid,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Mansurah.

Md Saifullah bin Nik Abdullah,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Shoubra.

6 Mei 2010 

Kronologi Masalah Kenaikan Nama Pelajar Baru Qiraat sesi 2009/2010

0 comments

Kronologi Masalah Kenaikan Nama Pelajar Baru Qiraat sesi 2009/2010

1 Oktober 2009
Rombongan terakhir mahasiswa Qiraat Shoubra tiba

4 Oktober 2009
Pihak DPM Shoubra mengambil borang pendaftaran di Kedutaan Malaysia

5-13 Oktober 2009
Pihak DPM Shoubra menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan di Hospital Hussin

6 Oktober 2009
Ketibaan kumpulan terakhir mahasiswi Qiraat ke Mansurah

15 Oktober 2009
Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPMM) telah menguruskan urusan pemeriksaan kesihatan mahasiswi Qiraat baru di Hospita Zahra, Kaherah

22 November 2009
Urusan visa mahasisiwi Qiraat Mansurah telah dibuat di Tahrir

Pihak DPM Shoubra telah menghantar boang pendaftran mahasisiwa-mahasiswi Qiraat baru kepada pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Dokumen diserahkan kepada Encik Sulaiman Zaki

29 November 2009
Perjumpaan DPMM dengan pihak Maahad bagi membincangkan masalah mahasisiwi baru

5-19 Disember 2009
Pihak DPM Shoubra menyelesaikan urusan visa mahasiswa Shoubra di Mujamma’ Tahrir

26 Disember 2009
Pihak DPM Shoubra telah menghantar salinan visa mahasiswa Qiraat Shoubra kepada JPMK

Januari 2010
Pihak DPM Shoubra telah mengadakan pertemuan dengan Encik Sulaiman bagi mengetahui perkembangan terbaru kenaikan nama mahasiswa-mahasiswi baru Qiraat

7 Mac 2010
Ketua Unit Pengetahun HEWI DPMM telah berjumpa pegawai JPMK. Hasil dari perjumpaan berikut :

1. Pihak JPMK menyatakan urusan kenaikan nama akan selesai selepas tempoh 10 hari

2. Kelewatan urusan ini berpunca daripada kehadiran mahasiswi Qiraat baru yang datang secara berperingkat, dan tarikh tamat visa yang berbeza

1 April 2010
Pihak DPM Shoubra berjumpa dengan pegawai JPMK bagi mengetahui perkembangan terkini

7 April 2010
Perbincangan antara wakil Badan Pengurus PMRAM, pihak DPM Shoubra dan pihak DPM Mansurah bersama Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Maklum balas yang diterima seperti berikut:

1- JPMK akan berbincang dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi mempercepatkan dan menyelaraskan tarikh kedatangan mahasiswa/wi Qiraat bagi sesi yang akan datang.
2- Mengeluarkan surat perlepasan khas kepada pihak Maahad Qiraat bagi membolehkan mahasiswa/wi dapat menduduki peperiksaan. Sekiranya permohonan ini tidak diterima, wakil pihak JPMK akan turun ke Maahad Qiraat Shoubra dan Mansurah untuk menyelesaikan masalah ini.

8 April 2010
Pihak DPM Shoubra berjumpa dengan Pengetua Maahad Shoubra dan menyerahkan surat perlepasan khas dari JPMK

11 April 2010
Pengetua Ma’ahad Qiraat Shoubra membalas surat JPMK dan bersetuju membenarkan mahasiswa Qiraat tahun satu menduduki Imtihan Syafawi

Jadual peperiksaan mahasisiwi Qiraat Mansurah tahun satu dan dua dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Maahad Mansurah

19 April 2010
Mahasiswa Qiraat tahun satu Shoubra menduduki Imtihan Syafawi

26 April 2010
Wakil DPMM telah berjumpa dengan pihak Maahad Mansurah bagi mengetahui perkembangan terkini. Maklum balas yang diterima dokumen masih lagi belum sampai


27 April 2010
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM telah membuat perjumpaan susulan dengan pihak Maahad Mansurah. Pihak Maahad bertegas dengan keputusan tidak membenarkan mahasisiwi Qiraat tahun satu menduduki peperiksaan
.
Pihak DPM Shoubra berjumpa dengan Pegawai Bahagian Peperiksaan di Pejabat Pentadbiran Maahad Al-Azhar dan Pegawai Bahagian Urusan Pelajar Luar Negara di Mujamma’ Buhus. Maklum balas yang diterima adalah semua fail pelajar qiraat sesi kemasukan 2009 belum sampai

28 April 2010
Wakil DPM Shoubra berjumpa pegawai negeri Pegawai Kedah, Selangor dan Pahang bagi membincangkan masalah ini

29 April 2010
Wakil Badan Pengurus PMRAM dan pihak DPMM berjumpa dengan pihak Al-Azhar cawangan Mansurah bagi mendapat keizinan menduduki peperiksaan syafawi. Jawapan yang diterima urusan ini di luar bidang tugas mereka

2 Mei 2010
Pihak DPM Shoubra telah pergi ke Bahagian Urusan Pelajar Luar Negara untuk bertanyakan maklumat terkini berkaitan hal ini.Maklum balas yang diterima adalah dokumen mahasiswa-mahasiswi Qiraat masih belum sampai

3 Mei 2010
Perjumpaan DPM Shoubra dan DPMM bersama Atase Akademik JPMK membincangkan isu ini

4 Mei 2010
Perjumpaan Atase Akademik JPMK bersama Al-Imam Al- Akbar Syeikh Al-Azhar As-Syarif Dr. Ahmad Tayyib.

Disediakan Oleh :

Mohd Zahimi bin Mohd Dzahid
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Mansurah.

Md Saifullah bin Nik Abdullah
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Shoubra


MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah