Apr 1, 2008

:: 5 SURUHAN YANG ANEH ::

0 comments
Abu Laith A.S Samarqandi ialah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu hari dia bercerita: Ayahku pernah menceritakan bahawa antara Nabi-nabi (yang bukan dari kalangan Rasul-rasul) ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Salah seorang Nabi yang pernah menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan oleh Allah untuk melakukan lima perkara. Beliau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Perkara pertama yang perlu dilakukannya adalah memakan yang yang dilihatnya. Kedua, sembunyikan; ketiga, terima; keempat, janganputuskan harapan dan kelima lari daripadanya.

Pada keesokan harinya, Nabi itu keluar daripada rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya adalah sebuah bukit besar berwarna hitam. Dalam kebingungan dia bertanya kepada dirisendiri, “Aku diperintahkan supaya memakan apa yang ku hadapi tetapi sungguh aneh, kerana ini sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan. Seterusnya, Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya bukit itu tiba-tiba mengecil hingga menjadi sebesar buku roti. Lalu diambilnya dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Apabila beliau menelannya, dirasakan kemanisannya seperti madu. Alhamdulillah.

Kemudian dia meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan supaya disembunyikannya. Dia terus menggali satu lubang lalu ditanamkan mangkuk itu dan ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk itu keluar semula. Nabi itu menanam semula sehingga tiga kali berturut-turut. Berkatalah Nabi itu, “Aku telah menunaikan perintah-Mu.” Lalu dia terus berlalu dan tanpa disedarinya mangkuk itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia meneruskan perjalanannya, dia melihat seekor helang sedang mengejar seekor burung kecil. Merayulah burung kecil itu kepadanya, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.” Simpati terhadap burung itu, dia mengambilnya dan dimasukkan ke dalam baju.Melihatkan keadaan itu, sang helang menghampirinya lalu berkata,“Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi lagi. Oleh itu, janganlah kau patahkan harapanku daripada rezekiku.”Teringatkan pesanan keempat supaya tidak memutuskan harapan, dia menjadi kebingungan. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya dan memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada sang helang. Setelah mendapat daging itu, sang helang pun terbang dan burung kecil itu pun dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi itu meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya. Dia bergegas lari dari tempat tersebut kerana tidak tahan menghidu baunya yang menyakitkan hidung. Selepas tamat kesemua lima perkara tersebut dia terus pulang ke rumah. Pada malam itu, Nabi itu telah berdoa, “Ya Allah, aku telah pun menunaikan suruhan-Mu sebagaimana yang diperintahkan dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semua ini.”

Dalam mimpinya, dia telah diberitahu bahawa yang dimakannya itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua, semua amal kebajikan atau budi, walaupun disembunyikan,ia tetap akan zahir (nampak).
Ketiga, jika sudah menerima amanah orang, maka janganlah dikhianatinya.
Keempat, jika orang meminta, maka usahakanlah untuknya demi membantunya meskipun diri sendiri berhajat.
Kelima, bau busuk itu adalah ghibah (umpatan). Larilah daripada orang yang berkumpul yang melakukan ghibah.


- sekadar peringatan -

Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu apakah itu ghibah?”
Mereka menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”Rasulullah menjawab: “Kata-katamu tentang saudaramu yang dibencinya.” Kemudian ditanya kepada Rasulullah: “Sekiranya pada saudaraku itu apa yang kukatakan?”Rasulullah menjawab: “Sekiranya pada saudaramu apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya. Sekiranya tiada padanya (ciri-ciri itu), maka kamu telah memfitnahnya(berdusta).

Comments

0 comments to ":: 5 SURUHAN YANG ANEH ::"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah