Jul 27, 2009

BERITA TERKINI : Singa Al-Quran beraksi cemerlang

0 comments

Zagazig 27 Julai - Pasukan bola sepak Shoubra telah mempamerkan aksi yang begitu cemerlang dalam kejohanan Piala Malaysia 2009 yang berlangsung di Istad Syarqiah, dekat sini. Pasukan yang diberi jolokan Singa Al-Quran itu berjaya membelasah pasukan Damanhur 5-0 pada hari ketiga kejohanan yang bermula 25 Julai lalu. Gol-gol Shoubra dijaringkan oleh Abdul Rahman Mohd, Ahmad Baihaki Ibrahim, Muhamad Arif Yusoff dan Muhd Amer Al-Hafiz Hassan.

Sebelum pada itu, pada perlawanan hari pertama anak didik Ustaz MohdHafis Md Rejab itu telah berjaya menjinakkan Sang Kenari, Kedah dengan jaringan 1-0. Gol tunggal pasukan dijaringkan oleh kapten pasukan, Abdul Rahman Mohd, yang juga Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan (UKKS).

Manakala pada hari kedua pula mereka sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan Penyu. Dengan kemenangan bergaya itu mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan hanya menunggu perlawanan di antara Terengganu menentang Kedah esok untuk penentuan juara dan naib juara kumpulan.

Kami warga DPM mengucapkan tahniah kepada pasukan Shoubra yang telah mengharumkan nama DPM. Semoga kejayaan ini akan berterusan dan tidak terhenti di pertengahan jalan. Teruskan perjuangan kalian, kami sentiasa memberi sokongan padu.

Comments

0 comments to "BERITA TERKINI : Singa Al-Quran beraksi cemerlang"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah