Jul 18, 2009

BERITA TERKINI : Sheikh Redha Salim dalam kenangan

0 comments


SHOUBRA 18 Julai - Seluruh warga Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra telah dikejutkan dengan berita pemergian Syeikh Redha Salim. Syeikh Redha merupakan syeikh dan qurra' di Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra. Beliau kembali ke rahmatullah pada pagi ini di kediaman beliau di Mumbiyadhah, Shoubra.

Berita pemergian beliau amat mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi para pelajar
Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra. Ini berikutan keadaan beliau yang kelihatan masih sihat dan mampu berjalan ke sini sana tanpa menunjukkan tanda-tanda yang beliau tidak sihat. Difahamkan beliau meninggal akibat diserang penyakit lelah. Beliau meninggal ketika berusia 56 tahun.

Kehilangannya amat dirasai oleh warga Maahad lebih-lebih lagi beliau merupakan salah seorang syeikh yang mempunyai sanad yang tinggi dalam periwayatan Al-Quran. Satu kelebihan yang dikurniakan Allah kepada beliau adalah walaupun beliau buta, tetapi hatinya tetap 'celik' dan mampu mengingati 30 juzuk Al-Quran.

Jenazah almarhum disemadikan di kampung halamannya di Qalyubiah. Semoga Allah memberkati dan merahmati Sheikh Redha Salim Rahmatullahi 'alaihi wasia'ah. Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar dalam bidang ilmu Qiraat. Tarikh
18 Julai 2009 masihi bersamaan 25 Rejab 1430 hijrah pasti akan menjadi ingatan yang terpahat kukuh di hati para pelajar beliau. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu.

Comments

0 comments to "BERITA TERKINI : Sheikh Redha Salim dalam kenangan"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah