Berikutan beberapa kes penggeledahan rumah sekitar Shoubra sepanjang minggu lalu, maka ahli DPM Maqaz Shoubra disarankan mengamalkan etika berikut jika rumah anda dimasuki polis:
- Meminta dan memeriksa kerneh polis sebelum polis tersebut masuk ke rumah.
- Kurangkan komunikasi dengan anggota polis. Hanya bersuara jika ditanya.
- Memberi kerjasama sekadar yang perlu.
- Jika ditanya mengenai rumah pelajar Malaysia yang lain, maklumkan rumah Pengerusi DPM Maqaz Shoubra sahaja.
- Banyakkan berdoa.
- Hubungi Pengerusi DPM Maqaz Shoubra secepat mungkin setelah selesai polis menggeledah rumah sahabat-sahabat.
Dalam
fatrah sekarang, sahabat-sahabat dinasihatkan supaya:
- Banyakkan berdoa.
- Menyembunyikan sebarang kitab-kitab haraki atau yang menyentuh sensiviti politik Mesir.
- Hidden atau padam sebarang gambar, audio, video tokoh-tokoh haraki atau yang menyentuh sensiviti politik Mesir.
- Elakkan melayari laman web yang menyentuh sensiviti politik Mesir. Padam history di web browser.
Comments
0 comments to "PENGUMUMAN: ETIKA KESELAMATAN"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.