Oct 26, 2009

BERITA DPM : FORUM PERDANA MENDAPAT SAMBUTAN

0 comments
       Shoubra, 25 Oktober 2009 - Pihak PMRAM di bawah USMB dan MANHAL PMRAM dengan kerjasama DPM [MAQAZ] Shoubra telah menganjurkan satu Forum Perdana yang bertajuk Fiqh Da'wah yang berlangsung di Markaz DPM [MAQAZ] Shoubra.       

        Forum perdana yang bermula pada jam 7.15 malam telah menampilkan Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman (Naib Presiden III PMRAM) dan Saudara Basir Mohamad (YDP BKAN Johor) manakala Saudara Huzaifah bin Fauzi sebagai moderator. Turut hadir bersama ahli panel ialah Ustaz Mohd Azrul bin Ismail (Naib Presiden 1 PMRAM).      

         Forum ini merupakan inisiatif dari pihak MANHAL PMRAM untuk memberikan pendedahan kepada warga Shoubra khususnya tentang kepentingan menyampaikan da'wah kepada masyarakat. Bukan sahaja di Mesir, malah di tanah air nanti. Ahli panel banyak mengupas tentang ayat-ayat Al-Quran yang berkenaan dengan pentingnya seorang mahasiwa Islam menyampaikan dakwah Islam kepada semua masyarakat tidak kira apa jua bidang yang diceburi, tugas untuk menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan tugas utama sebagai seorang Azhari khusunya.   
    
             Forum kali ini memberi peluang kepada para hadirin untuk bertanya soalan kepada ahli panel. Beberapa soalan telah ditanya dan ahli panel telah menjawab soalan tersebut dengan baik. Apa yang penting, para hadirin telah mendapat input baru dan ternyata forum kali ini telah berjaya menaikkan semangat setiap mahasiswa Shoubra untuk terus berada di medan sebenar.

           Kira-kira 60 orang yang hadir pada forum tersebut. Sebagai tanda penghargaan kepada ahli panel, pihak penganjur telah menyediakan hadiah dan penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Saudara Mohd Azrul bin Ismail.       

          Majlis diteruskan dengan sesi taklimat Kempen Dana Syaqah PMRAM yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman. Satu tayangan dokumentari mengenai Kempen Dana Syaqah disediakan buat para hadirin.Wakil Unit Hisbah PMRAM iaitu Saudara Mohd Azrul Ismail juga tidak lupa untuk menyampaikan maklumat berkenaan dengan beberapa makluman dan kepentingan Unit Hisbah.       

        Majlis diaakhiri dengan sesi penyampaian hadiah tanda kenang-kenangan daripada pihak DPM kepada Saudara Mohd Azrul bin Ismail di atas kesudian untuk hadir pada majlis tersebut. PIhak DPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan AJK Pelaksana, para hadirin yang sudi hadir bagi menjayakan majlis tersebut serta mereka yang terlibat secara lansung atau tidak. Semoga majlis yang bermanfaat seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Comments

0 comments to "BERITA DPM : FORUM PERDANA MENDAPAT SAMBUTAN"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah