29 Oktober 2009, Khamis - Dauran Shoubra - Kelas Pengajian Syarah Matan Syatibi & Durrah telah bermula semula setelah sekian lama terhenti. Kali terakhir kelas pengajian ini dijalankan adalah sebelum bulan Ramadhan memandangkan Sheikh Muhammad Abdul Nabi ditugaskan untuk menjadi imam di Malaysia. Pada tahun-tahun yang lepas, matan yang digunakan adalah Matan Toyyibah, namun pada kali ini sebagai inisiatif pihak DPM, juga atas permintaan ahli, maka digunakan matan Syatibi. Pihak penganjur sangat mengharapkan komitmen dari ahli-ahli untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis pengajian ini memandangkan syeikh yang diundang bukanlah asing di kalangan pelajar-pelajar. Justeru, perlu diingatkan, bukan mudah untuk mendapatkan pengajian syarah matan Syatibi ini lebih-lebih lagi bila kembali ke Malaysia dan mengajar, semestinya matan yang digunakan adalah matan Syatibi. Oleh itu, rebutlah peluang yang ada ini untuk sama-sama menghadamkan setiap bab yang terkandung di dalam matan tersebut bersama Sheikh Muhammad.
Untuk makluman, Sheikh Muhammad telah selesai mensyarahkan Bab Idgham Kabir dan masih belum terlambat bagi sahabat-sahabat untuk menyertai kelas pengajian ini. Apapun, terpulang kepada sahabat-sahabat untuk turut serta atau tidak kerana pihak DPM telah menyediakan apa yang termampu untuk kebaikan sahabat-sahabat. Kelas Pengajian ini akan berlansung setiap hari Khamis selepas solat Asar. Untuk perhatian, Sheikh akan solat Asar di markaz dan akan terus mulakan pengajian. Jadi, diminta kepada sahabat-sahabat untuk solat bersama-sama untuk mengelakkan dari ketinggalan dalam pengajian dan seharusnya adab bagi seorang penuntut ilmu untuk hadir lebih awal ke kelas pengajian berbanding sheikh.

Comments
0 comments to "BERITA : Kelas Pengajian Matan Syatibi & Durrah Bermula"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.