Nov 19, 2009

BERITA : KOLOKIUM ILMUAN SIRI PERTAMA MENDAPAT SAMBUTAN

0 comments
18 November 2009 - Dauran Shoubra - Seramai kira-kira 40 orang pelajar tahun satu telah menyertai Program Kolokium Ilmuan (Q) PMRAM yang telah dianjurkan oleh pihak DPM [MAQAZ] Shoubra di bawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan. Program yang diadakan ini merupakan program tahunan yang dikhususkan kepada semua mahasiswa tahun satu. Program bermula kira-kira jam 8.00 malam selepas selesai menunaikan solat Isya. Sebelum itu, pihak DESAKJPMK telah hadir untuk memberikan sedikit penjelasan berkenaan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan Isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah yang dianjurkan oleh pihak PMRAM baru-baru ini. Maklumat lanjut berkenaan dengan DESAK sila layari laman rasmi DESAKJPMK.

Kolokium ilmuan siri yang pertama ini mengandungi dua sesi. Sesi yang pertama telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Anwar bin Ismail merupakan mantan Presiden PMRAM. Beliau telah mendiskusikan kitab yang bertajuk Apa Ertinya Saya Berintima dengan Islam karangan Al-Marhum Dr Fathi Yakan. Pada akhir sesi pertama itu, pihak penganjur telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada pendiskusi.

Pembentangan kertas kerja telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mukri pada sesi yang kedua. Kertas kerja yang bertajuk Konsep Syahadah dan Tuntutannya itu telah dibincangkan dengan jelas dan mendalam. Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah, pihak penganjur telah menyampaikan sedikit cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Pada akhir program, para peserta telah disajikan dengan sedikit makanan. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan jawatankuasa pelaksana program yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program tersebut. Kolokium Ilmuan siri kedua akan diadakan pada hari Sabtu - 21 November 2009. Dijemput kepada semua ahli Shoubra untuk turut serta dalam program tersebut.


Comments

0 comments to "BERITA : KOLOKIUM ILMUAN SIRI PERTAMA MENDAPAT SAMBUTAN"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah