Dec 4, 2009

BERITA : KOLOKIUM HUFFAZ & SERAMBI GABUNGAN BERJAYA

0 comments
Dauran ,Shoubra 3 Disember - Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPM (MAQAZ) Shoubra telah berjaya menganjurkan Serambi Gabungan dan Kolokium Huffaz (Q) Siri Keempat bertempat di Markaz DPM. Program dimulakan dengan diskusi buku Fiqh Alawiyyat karangan Dr Majdi Hilali yang disampaikan oleh Ustaz Wan Arifuddin Bin Wan Abdul Razak, Tahun Dua Darul Ifta'. Dalam diskusi tersebut Ustaz menyentuh mengenai Maqasid Syari'yyah dan Maratib 'Amal dalam Islam. Kemudian program diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja Amar Ma'ruf Nahi Munkar yang disampaikan oleh Ustaz Nik Azran Bin Mohamad, mahasiswa American Open University. Ustaz Nik Azran mendedahkan kepada para pelajar mengenai kes-kes munkar yang berlaku di Malaysia dan Mesir serta kepentingan Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Ustaz turut menyentuh mengenai bala-bala yang telah menimpa umat manusia kerana melakukan perkara maksiat dan tidak menyuruh kepada perkara ma'ruf.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada tenaga pengisi yang disempurnakan oleh Pengarah Q, Ustaz Ahmad Huzaifah Bin Fauzi dan sedikit jamuan ringan. Pihak DPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Program Q bermula siri yang pertama sehingga keempat dan kepada pelajar Tahun Satu yang telah menyertai program ini.

Comments

0 comments to "BERITA : KOLOKIUM HUFFAZ & SERAMBI GABUNGAN BERJAYA"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah