2 Januari – Satu lawatan kerja rasmi AJKT DPM (MAQAZ) Shoubra ke Pejabat PMRAM telah dilakukan. Lawatan ini yang melibatkan kesemua AJKT DPM (MAQAZ) Shoubra turut disertai oleh Penasihat Satu DPM (MAQAZ) Shoubra, Ustaz Mohammad Nasrudin bin Mohajir.
Kehadiran rombongan AJKT DPM (MAQAZ) Shoubra disambut mesra oleh kepimpinan PMRAM diketuai Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad dan barisan Badan Pengurus.
Lawatan ini yang bertujuan merapatkan hubungan yang sedia terjalin di samping membincangkan pelbagai permasalahan meliputi isu pendidikan,keselamtan dan sebagainya.
Dalam perbincangan dua hala tersebut, pelbagai syor dan cadangan telah diterima secara positif kedua belah pihak.
Lawatan diakhiri dengan kalam amanat dari Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mui'zz Muhammad dan penyerahan cenderahati kenangan.
Comments
0 comments to "BERITA: LAWATAN KERJA RASMI AJKT DPM (MAQAZ) SHOUBRA KE PEJABAT PMRAM"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.