Jul 14, 2010

PROGRAM TAAKHI ZON B

0 comments
Barisan Kepimpinan AJKT taakhi Zon b
Gimik perasmian yang disempurnakan oleh Presiden PMRAM pusat, Ydp BKAN taakhi dan Pengerusi DPM
Presiden PMRAM Pusat Ustaz Shahrizan Mohd Hazime merasmikan majlis "Tautan Ukhuwah Taakhi"

1 Julai,ARWP,Kaherah; Unit Penerangan BKAWM bersama unit peneranan 5 taakhi BKAWM iaitu, unit penerangan BKAN P.Pinang, Kelantan, serta dua DPM iaitu Shoubra dan Iskandariah. Program yang berlangsung 1 julai lalu adalah program taakhi pertama yang dianjurkan serentak anjurannya lima taakhi ini (zon B). Program ini dinamakan 'Tautan Ukhuwah Taakhi'.

Program ini adalah melibatkan seluruh pimpinan AJKT di peringkat BKAN dan DPM taakhi ini. Program yang buat julung kalinya ini telah mendapat pujian dan sokongan dari segenap peringkat termasuk PMRAM pusat. Tautan Ukhuwah Taakhi telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM dan ditutup oleh Ketua Badan Penerangan Ustaz Faizzuddin Ghazali.Turut hadir pada majlis tersebut pimpinan HEWI PMRAM pusat iaitu Timbalan Pengerusi HEWI Ustazah Norhafiza Abd Wahab serta Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM Ustazah Samihah Abdullah.

Program yang mengambil masa setengah hari ini bermula selepas solat zohor dan berakhir sebelum solat maghrib, antara pengisian pada hari tersebut adalah slot Talkshow penerangan halatuju taakhi yang disampai oleh wakil PMRAM ustaz Mohd Adlan Mokhtaruddin (Naib Presiden I), wakil BKAN ustaz Mohd Hanif Haron (penasihat P.Pinang) serta wakil DPM ustazah Rabi'atul Hazirah (pengerusi DPMI), kemudian pimpinan diisi dengan slot who wants to be a taakhi yang menguji kekuatan ukhuwah antara pimpinan taakhi, serta berakhir dengan jamuan.Moga program yang diadakan memberi manfaat dan menjadi titik permulaan untuk kepimpinan yang akan datang

Comments

0 comments to "PROGRAM TAAKHI ZON B"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah