RAMADHAN: BULAN RAHMAT, BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA
Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibaratpasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang suburuntuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalambulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan inijuga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan dirikepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).
Seperti yang diungkapkanBediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulanRamadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yangbertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikankewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.
Puasa, seperti yang diwajibkanAllah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ataskamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamubertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasalebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184)merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yangdilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan dikalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkandengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatanspiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan sepertiberikut:
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia,bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dansukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah denganmelakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran sepertimelakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dankesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezekiorang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
Berpuasa menjadi peluang keemasanbagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkanuntuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabarmenahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakanberbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islamyang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuhkesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikansetiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selainmenunaikan yang diwajibkan.
Tidak kurang juga mereka yangtidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilakudengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akanmembersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini.Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akanmendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.
Bulan ini juga sesungguhnyatelah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negaraIslam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkankerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazamanmereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam ertikata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidakpernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulanini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatanmulia. Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimanasemua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:
Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semuapancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut samaberpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukanperkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.
Salah satu hikmah dari berpuasaialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmatyang Allah limpahkan. Musibahlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnyarahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagimereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allahbanyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukurdi atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakanrahmat bagi mereka yang bersyukur.
Orang yang berpuasa juga akandilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia daribersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyakkurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kalidi atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursimegatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepadakebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".
Tambahan pula, mereka yangberpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahamibetapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dankesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:
Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kayamenjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malahkepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalahhamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupayamelakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkantangan ke dalam air.
Selain pelbagai faedah yangdiperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk danmeyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulahBediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagimereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalahdua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akandikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkankeimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatankepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidaktahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskantidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa.Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapiAllah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.
Semoga Ramadhan ini menatijahkan Taqwa kepada kita semua.
Comments
0 comments to "Soutud Dakwah Edisi Ramadhan Bil 1"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.