Shoubra, 7 September - Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPM (MAQAZ) Shoubra telah menganjurkan Iftor Jamaie Ramadhan 1431 Hijarah. Seramai 60 orang telah hadir bagi menjayakan majlis tersebut.Turut hadir pada majlis tersebut Badan Pengurus PMRAM Saudara Mohd Adlan bin Mokhtaruddin, Naib Presiden I dan Naib Presiden III Saudara Mohd Farkhan bin Mohd Zain,Badan Pengurus angkat bagi DPM (MAQAZ) Shoubra.
Program yang bermula pada 5.30 petang itu dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil.Seterusnya hadirin sama-sama disajikan dengan hidangan berbuka puasa sebelum solat Maghrib berjemaah.
Majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas oleh Badan Pengurus PMRAM. Saudara Mohd Adlan dalam pesanannya,telah mengingatkan para hadirin supaya tidak menjadi hamba Ramadhan yang hanya ligat beribadat di dalam bulan ini sahaja sebaliknya menjadi hamba Allah yang sejati yang bertakwa sepanjang masa. Saudara Mohd Farkhan pula menyentuh mengenai cabaran dan nasihat terutama kepada mahasiswa-mahasiswa baru daripada Pulai Chondong supaya merebut peluang sepenuhnya sepanjang berada di Bumi Anbiya' ini.
Para hadirin seterusnya bersama-sama menunaikan solat terawih secara berjamaah. SOlat terawih telah diimamkan oleh Penasihat II, Saudara Md Saifullah Nik Abdullah yang membaca riwayat Khalaf 'an Hamzah.Majlis diakhiri dengan pemberian sumbangan Aidilfiti khas DPM (MAQAZ) Shoubra kepada ahli oleh Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra, Saudara Ahmad 'Afif Zuhdi Ahmad Zaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments
0 comments to "LAPORAN: MAJLIS IFTOR JAMAIE MERIAH"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.