Oct 2, 2010

Hulurkan Sumbangan kepada saudara Mohd Faqeh Yusof

0 comments
KAHERAH, 30 September - PMRAM hari ini melancarkan kutipan derma kilat bagi seluruh PMRAM Cawangan Zon B demi meringankan bebanan kos rawatan pesakit mahasiswa Qiraat Shoubra. 

Mangsa Mohd Faqeh b Yusuf merupakan graduan Maahad Qiraat Shoubra berasal dari Selangor telah tamat pengajian pada sesi ini telah diserang strok selepas pulang dari ziarah negara Turki baru-baru ini.

Beliau yang mengadu sakit dibahagian kepala telah dibawa ke hospital Qasr Ainy, Saiyidah zainab dengan dibantu pihak MAQAZ serta rakannya.

Mangsa dikejarkan ke hospital tersebut setelah mendapati kondisi badannya semakin lemah dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Pihak MAQAZ yang diketuai Pengerusi Saudara Afif Zuhdi ketika ditemui berkata, pihak DPM telah membuat pembayaran awal untuk rawatan awal dengan jumlah LE4,000 demi memudahkan urusan kemasukan ke wad pakar.

Mangsa juga telah menjalani rawatan awal dan didapati terdapat gumpalan darah dibahagian otak serebelum beliau. Sehingga kini, pihak PMRAM dan MAQAZ masih menunggu keputusan hasil pemeriksaan MRI beliau yang telah dijalani pada hari ini.

Keputusan Magnetic Resonance Imaging (MRI) ini sangat penting untuk memastikan samada beliau perlu menjalankan pembedahan segera atau tidak.

Naib Presiden III ketika ditemui di hospital semasa melawat beliau telah memaklumkan bahawa makluman pelancaran kutipan ini telah dijalankan kepada seluruh AJKT PMRAM Cawangan taakhi zon B.

Semoga dengan pelancaran kutipan ini dapat meringankan bebanan kos rawatan beliau. Beliau juga telah menghulurkan sedikit sumbangan dari pihak PMRAM kepada mangsa melalui sahabat mangsa yang menemaninya.

Pihak PMRAM Pusat mendoakan agar dipermudahkan segala urusan beliau dan memohon seluruh mahasiswa mendoakan kesihatan beliau seperti sedia kala.





Kepada ahli DPM (MAQAZ) Shoubra, bantuan kepada saudara Mohd Faqeh b Yusuf boleh disalurkan kepada Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan DPM (MAQAZ) Shoubra 2010/2011, Saudara Muhammad Taisir bin Mohd Hussin (0118745807)

Comments

0 comments to "Hulurkan Sumbangan kepada saudara Mohd Faqeh Yusof"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah