Nov 10, 2010

DPM (MAQAZ) Shoubra rakam ucapan takziah kepada mangsa banjir

0 comments
  1. DPM (MAQAZ) Shoubra  merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh mangsa banjir yang melibatkan negeri-negeri di utara dan pantai timur tanah air. Juga kepada ahli DPM (MAQAZ) Shoubra yang mengalami kesan secara langsung atau tidak akibat bencana ini.
  2. Bencana pada tahun ini nyata memilukan. Di Kedah, kejadian ini merupakan yang terburuk bagi tempoh masa 100 tahun. Musibah ini hadir ketika mana ummat Islam berbondong-bondong menyahut jemputan menjadi tetamu Allah di Makkah Mukarramah. Juga, ketika mana para pelajar bersiap sedia menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Justeru, kami menginsafi segala kemusnahan yang berlaku dari sudut fizikal, material dan mental.
  3. Penawar terbaik bagi menghadapi ujian Allah Taala ini adalah dengan sama - sama kita mempertingkatkan kesabaran dan bermuhasabah diri. Pastinya peringatan kecil dari Tuhan ini adalah sebagai tazkirah bagi kita menilai segala amal perbuatan di bumi Allah ini. Sepotong hadith Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud. "Sesungguhnya sangat mengkagumkan seorang mukmin, sebab segala keadaannya adalah baik, dan mungkin tidak terjadi yang demikian kecuali bagi seorang mukmin yang jika dia mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan dia bersabar, maka sabar itu sangat baik baginya". (Hadith riwayat Muslim)
  4. Kami juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus berusaha membantu mangsa-mangsa banjir. Baik sumbangan dari pihak berwajib, NGO, bantuan perseorangan dan lainnya, kami berharap supaya segala usaha yang diberikan diganjari Allah dengan sebaik-baik balasan.
Muhammad Taisir Mohd Hussin.
Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan
DPM (MAQAZ) Shoubra 2010/2011

Comments

0 comments to "DPM (MAQAZ) Shoubra rakam ucapan takziah kepada mangsa banjir"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah