Nov 5, 2010

Pecah Rumah, Harap Ahli Berhati-hati.

0 comments
SHOUBRA, 5 November - Satu peristiwa yang tidak diingini berlaku tengah hari tadi sekitar waktu Jumaat apabila sebuah rumah ahli DPM [MAQAZ] di kawasan Dauran, Shoubra telah dipecah masuk ketika Solat Jumaat berlangsung. Kejadian ini diketahui selepas 15 minit sejurus kejadian berlaku. Kes ini disyaki dilakukan oleh warga Arab Mesir ekoran kekosongan rumah tersebut ketika semua penghuni keluar menunaikan Solat Jumaat.

Saudara Aidil yang berada di tempat kejadian melaporkan bahawa pencuri telah memecah masuk melalui pintu depan rumah berdasarkan tanda-tanda yang dapat dikesan. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu melibatkan sebuah komputer dan beberapa barang-barang.

Pihak DPM [MAQAZ] yang diketuai oleh Pengerusi, Saudara Ahmad 'Afif Zuhdi bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat berita tersebut bagi mendapatkan maklumat penuh dan meninjau di sekitar tempat kejadian. Turut hadir ialah Saudara Ahmad Huzaifah Fauzi selaku Badan Pengurus PMRAM merangkap Penasihat 1 DPM [MAQAZ] Shoubra.

" Apa yang berlaku hari ini mendapat perhatian yang serius daripada pihak DPM [MAQAZ]. Sehubungan dengan itu, saya menasihati semua warga Shoubra agar meningkatkan tahap keselamatan di kediaman masing-masing daripada segala aspek. Ini bagi memastikan kes-kes seperti kecurian, dan lain-lain dapat dielakkan " kata Saudara Ahmad 'Afif Zuhdi ketika diminta untuk mengulas kejadian berkenaan.

Sebarang bantuan kewangan boleh terus disalurkan melalui Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan DPM [MAQAZ] Shoubra.

Comments

0 comments to "Pecah Rumah, Harap Ahli Berhati-hati."

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah