Nov 1, 2010

PMRAM Sambut TYT Duta Besar Malaysia-Mesir Di Lapangan Terbang Kaherah

0 comments




KAHERAH, 30 Okt - Lapangan Terbang Antarabngsa Kaherah semalam telah menerima tetamu yang istimewa setelah setahun kerusi TYT Duta Malaysia ke Republik Arab Mesir dikosongkan. Ketibaan TYT Prof. Dr Fakhruddin Abdul Mukti dilapangan terbang telah disambut oleh kakitangan pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah serta kakitangan pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah pada awal jam 10 pagi. 

Deligasi dari Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang diketuai oleh Presiden, Saudara Shahrizan Mohd Hazime, Timbalan Presiden, Saudara Mohd Zuhaili Saiman dan Naib Presiden II, Saudara Mohamad Azlan Hj Alias turut bersama-sama menyambut kedatangan TYT Duta yang baru bersama keluarga.

Hampir 2 jam penantian kakitangan kedutaan dan deligasi dari PMRAM menunggu dari pintu luar VIP, namun dengan pertemuan yang singkat dilapangan terbang tersebut diambil kesempatan sebaiknya untuk berramah mesra dengan TYT Duta Prof Madya Dr Fakhruddin.

Sebelum itu, pihak PMRAM telah mengucapkan tahniah dan selamat datang ke bumi anbiya' kepada TYT Duta Prof Madya Dr Fakhruddin Abdul Mukti atas lantikan beliau sebagai TYT Duta Malaysia ke Mesir yang baru bagi menggantikan TYT Duta Dato' Zainal Abidin Abd. Kadir.

TYT Duta Malaysia ke Mesir yang baru amat terharu dengan kehadiran kakitangan KBMK, JPMK dan PMRAM serta beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan yang dilakukan dilapangan terbang tersebut serta aktiviti yang dilakukan untuk sambutan kedatangan beliau ke bumi Mesir ini.

Comments

0 comments to "PMRAM Sambut TYT Duta Besar Malaysia-Mesir Di Lapangan Terbang Kaherah"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah