Dec 5, 2010

Kolokium Ilmuan Siri 3 Terus Mendapat Sambutan

0 comments












KAHERAH, 4 Disember 2010 :Kolokium Ilmuan Siri Ketiga telah berjaya diadakan di Dewan Ibnu Jazari DPM MAQAZ Shoubra. Kolokium Ilmuan bersiri ini adalah sambungan daripada siri pertama yang lalu khusus untuk mahasiswa baru.


Seramai 60 orang telah memenuhi Dewan Ibnu Jazari. Program dimulai dengan bacaan alunan burdah oleh Ustaz Jamal Mohd Qurtubi bin Sulaiman dan diteruskan dengan pembentangan kertas kerja Kolokium Ilmuan. Kertas Kerja Pertama Bertajuk Tarbiyyah Rohiyyah Dalam Membina Generasi Berwawasan yang dibentangkan oleh Ustaz Khairul Amri bermula jam 8.15 malam hingga 9.30 malam. Pembentang menjelaskan tentang peri pentingnya tarbiyyah rohiyyah dalam diri umat masakini untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang telah lama hilang. Selain itu, beliau menyampaikan kisah-kisah yang berlaku pada zaman lampau yang telah membuktikan kepada ummat Islam bahawa peri pentingnya tarbiyyah rohiyyah dalam diri. Sebagai contoh ialah ketika Sultan Muhammad al-Fateh menakluki Kota Konstantinopel dan kisah perang salib yang dipimpin oleh Solahuddin al-Ayyubi. Bermulanya tarbiyyah dari diri (fardiyyah), keluarga muslim, masyarakat muslim, daulah Islamiyyah seterusnya khilafah Islamiyyah (pemerintahan Islam).


Manakala Kertas Kerja kedua pula bertajuk diskusi kitab Hatta Ya’lama al-Syabab karangan Dr Abdullah Nasih U’lwan yang telah dibentangkan oleh Ustaz Nik Mohd Abdul Hayyi Bin Nik Idris bermula jam 9.40 malam hingga 11.15 malam. Beliau mengupas satu persatu isi kandungan buku tersebut yang mana semuanya berkaitan perkara yang perlu difahami oleh setiap lapisan muslimin bahawasanya, hanya Allah Tujuan kami, Rasulullah Ikuan Kami, Berjihad di jalan Allah Jalan Kami, Mati Di Jalan Allah Cita-cita Tertinggi Kami. Ustaz Nik Mohd Abdul Hayyi juga mencadangkan buku-buku yang sepatutnya dibaca oleh semua pendakwah bagi melengkapkan diri mereka dengan ilmu & thaqafah untuk berdakwah.




Majlis berakhir dengan pembahagian cenderahati disampaikan oleh Pengerusi DPM (MAQAZ Shoubra) Ustaz Ahmad A’fif Zuhdi Bin Ahmad Zaki dan diiringi oleh Ustaz Muhamad Ridzuan bin Adzemi selaku pengarah Program & jamuan daripada pihak penganjur.



Comments

0 comments to "Kolokium Ilmuan Siri 3 Terus Mendapat Sambutan"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah