Dec 7, 2010

1431H Melabuhkan Tirai Dengan Penuh Penghayatan

0 comments

KAHERAH, 6 Disember 2010 - Menjelang Tahun Baru Hijrah 1432H, pihak DPM (MAQAZ) Shoubra mengambil peluang mengadakan program Sambutan Maal Hijrah di Dewan Ibnu Jazari. Seramai 70 orang warga Shoubra memenuhi Dewan Ibnu Jazari. Majlis bermula seawal jam 4.30 petang dengan bacaan doa akhir tahun yang dipimpin oleh AJKT Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Ustaz Mohd Ridzuan bin Adzemi.


Kemudian majlis diteruskan pula dengan bacaan doa awal tahun selesai sahaja azan Maghrib berkumandang. Setelah itu solat Maghrib didirikan secara berjamaah, kemudian disambung dengan solat Hajat dan bacaan Yaasin.


Sambutan Maal Hijrah 1432H diteruskan dengan bacaan Qasidah serta tayangan rakaman ceramah yang disampaikan oleh Almarhum Syeikh Dr Muhammad Sayyid Tantawi, mantan Syeikhul Azhar. Antara perkara yang ditekankan oleh Almarhum ialah soal Hijrah dan peranan kita dalam menanggung risalah Islam. Majlis juga diserikan dengan alunan nasyid Maal Hijrah secara beramai-ramai oleh warga Shoubra yang hadir.


Seusai mengerjakan solat Isyak, majlis diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Huzaifah bin Fauzi selaku Badan Pengurus PMRAM yang juga merupakan Penasihat 1 DPM MAQAZ Shoubra. Beliau telah mengajak semua ahli untuk menanamkan azam baru dan tekad untuk berubah serta menjadikan tahun baru ini lebih bermakna berbanding sebelumnya.


Kemuncak program diakhiri dengan penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Ustaz Md Saifullah bin Nik Abdullah, Penasihat 2 DPM (MAQAZ) Shoubra oleh Pengerusi, Ustaz Ahmad Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki. Ternyata majlis Sambutan Maal Hijrah berjaya menggamit kehadiran ahli-ahli yang memenuhi markaz seawal majlis dimulakan. Sebelum bersurai, jamuan disediakan kepada semua yang hadir.

Comments

0 comments to "1431H Melabuhkan Tirai Dengan Penuh Penghayatan"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah