Showing posts with label PROGRAM. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM. Show all posts

Dec 7, 2010

1431H Melabuhkan Tirai Dengan Penuh Penghayatan

0 comments

KAHERAH, 6 Disember 2010 - Menjelang Tahun Baru Hijrah 1432H, pihak DPM (MAQAZ) Shoubra mengambil peluang mengadakan program Sambutan Maal Hijrah di Dewan Ibnu Jazari. Seramai 70 orang warga Shoubra memenuhi Dewan Ibnu Jazari. Majlis bermula seawal jam 4.30 petang dengan bacaan doa akhir tahun yang dipimpin oleh AJKT Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Ustaz Mohd Ridzuan bin Adzemi.


Kemudian majlis diteruskan pula dengan bacaan doa awal tahun selesai sahaja azan Maghrib berkumandang. Setelah itu solat Maghrib didirikan secara berjamaah, kemudian disambung dengan solat Hajat dan bacaan Yaasin.


Sambutan Maal Hijrah 1432H diteruskan dengan bacaan Qasidah serta tayangan rakaman ceramah yang disampaikan oleh Almarhum Syeikh Dr Muhammad Sayyid Tantawi, mantan Syeikhul Azhar. Antara perkara yang ditekankan oleh Almarhum ialah soal Hijrah dan peranan kita dalam menanggung risalah Islam. Majlis juga diserikan dengan alunan nasyid Maal Hijrah secara beramai-ramai oleh warga Shoubra yang hadir.


Seusai mengerjakan solat Isyak, majlis diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Huzaifah bin Fauzi selaku Badan Pengurus PMRAM yang juga merupakan Penasihat 1 DPM MAQAZ Shoubra. Beliau telah mengajak semua ahli untuk menanamkan azam baru dan tekad untuk berubah serta menjadikan tahun baru ini lebih bermakna berbanding sebelumnya.


Kemuncak program diakhiri dengan penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Ustaz Md Saifullah bin Nik Abdullah, Penasihat 2 DPM (MAQAZ) Shoubra oleh Pengerusi, Ustaz Ahmad Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki. Ternyata majlis Sambutan Maal Hijrah berjaya menggamit kehadiran ahli-ahli yang memenuhi markaz seawal majlis dimulakan. Sebelum bersurai, jamuan disediakan kepada semua yang hadir.

Dec 5, 2010

Makluman Sambutan Maal Hijrah 1432 H

0 comments


SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432H

TARIKH : 6 DISEMBER 2010 (ISNIN)

MASA : 4.30 PETANG

TEMPAT : DEWAN IBNU JAZARI

AGENDA :
1) BACAAN AKHIR TAHUN ( SEBELUM MAGHRIB)

2) DOA AWAL TAHUN (SELEPAS MAGHRIB)

3) SOLAT HAJAT, BACAAN AL-QURAN, QASIDAH & TAYANGAN

4) CERAMAH MAAL HIJRAH (SELEPAS ISYAK)

TAJUK : JAHILIYYAH ZAMAN MODEN
SEMUA MAHASISWA DIJEMPUT HADIR..

JAMUAN DISEDIAKAN..
SEBARKAN..


DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN



(klik untuk paparan lebih jelas)


QASIDAH



(klik untuk paparan lebih jelas)




TAQWAIM SOLAT BULAN MUHARAM


(klik untuk paparan lebih jelas)


SOUTUD DAKWAH EDISI 1 BULAN MUHARAM


Kolokium Ilmuan Siri 3 Terus Mendapat Sambutan

0 comments












KAHERAH, 4 Disember 2010 :Kolokium Ilmuan Siri Ketiga telah berjaya diadakan di Dewan Ibnu Jazari DPM MAQAZ Shoubra. Kolokium Ilmuan bersiri ini adalah sambungan daripada siri pertama yang lalu khusus untuk mahasiswa baru.


Seramai 60 orang telah memenuhi Dewan Ibnu Jazari. Program dimulai dengan bacaan alunan burdah oleh Ustaz Jamal Mohd Qurtubi bin Sulaiman dan diteruskan dengan pembentangan kertas kerja Kolokium Ilmuan. Kertas Kerja Pertama Bertajuk Tarbiyyah Rohiyyah Dalam Membina Generasi Berwawasan yang dibentangkan oleh Ustaz Khairul Amri bermula jam 8.15 malam hingga 9.30 malam. Pembentang menjelaskan tentang peri pentingnya tarbiyyah rohiyyah dalam diri umat masakini untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang telah lama hilang. Selain itu, beliau menyampaikan kisah-kisah yang berlaku pada zaman lampau yang telah membuktikan kepada ummat Islam bahawa peri pentingnya tarbiyyah rohiyyah dalam diri. Sebagai contoh ialah ketika Sultan Muhammad al-Fateh menakluki Kota Konstantinopel dan kisah perang salib yang dipimpin oleh Solahuddin al-Ayyubi. Bermulanya tarbiyyah dari diri (fardiyyah), keluarga muslim, masyarakat muslim, daulah Islamiyyah seterusnya khilafah Islamiyyah (pemerintahan Islam).


Manakala Kertas Kerja kedua pula bertajuk diskusi kitab Hatta Ya’lama al-Syabab karangan Dr Abdullah Nasih U’lwan yang telah dibentangkan oleh Ustaz Nik Mohd Abdul Hayyi Bin Nik Idris bermula jam 9.40 malam hingga 11.15 malam. Beliau mengupas satu persatu isi kandungan buku tersebut yang mana semuanya berkaitan perkara yang perlu difahami oleh setiap lapisan muslimin bahawasanya, hanya Allah Tujuan kami, Rasulullah Ikuan Kami, Berjihad di jalan Allah Jalan Kami, Mati Di Jalan Allah Cita-cita Tertinggi Kami. Ustaz Nik Mohd Abdul Hayyi juga mencadangkan buku-buku yang sepatutnya dibaca oleh semua pendakwah bagi melengkapkan diri mereka dengan ilmu & thaqafah untuk berdakwah.




Majlis berakhir dengan pembahagian cenderahati disampaikan oleh Pengerusi DPM (MAQAZ Shoubra) Ustaz Ahmad A’fif Zuhdi Bin Ahmad Zaki dan diiringi oleh Ustaz Muhamad Ridzuan bin Adzemi selaku pengarah Program & jamuan daripada pihak penganjur.



Dec 4, 2010

Makluman Kolokium Ilmuan Siri 3

0 comments

Kolokium Ilmuan Siri 3

4 Disember 2010 (Sabtu)

Jam 7.00 Malam

Dewan Ibnu Jazari

Tajuk 1 : Tarbiyyah Ruhiyyah Dalam Membina Generasi Berwawasan

Oleh : Ustaz Khairul Amri

Tajuk 2 : Diskusi Kitab Hatta Ya'lama Syabab

Oleh : Ustaz Arifuddin

Yuran Pendaftaran : Le 5

Jamuan Disediakan

Semua Tahun Satu diwajibkan Hadir..

Sebarkan..


Nov 28, 2010

Qiamullail Perdana

0 comments
Nabi saw bersabda:

يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل ثر ترك قيام الليل

"Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan, dahulu dia melakukan qiamullail. Kemudian dia meninggalkannya." (Hr Bukhari dan Muslim)

Daripada 'Aisyah r.a beliau berkata: Nabi s.a.w bangun berqiamullail sehingga bengkak2 kaki2nya." Aisyah pun bertanya "Kenapa engkau beribadah sebegini ya
Rasulullah sedangkan dosa2 engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?" Rasulullah s.a.w pun bersabda:

"Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


Nabi s.a.w bersabda:

"Sebaik2 lelaki adalah Abdullah sekiranya dia sembahyang malam." (Hadis sahih riwayat bukhari dan muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

" Sebaik2 puasa lepas puasa ramadan adalah puasa pd bulan2 haram.Dan sebaik2 sembahyang selepas solat fardu adalah solat malam" (Hadis sahih riwayat Muslim)

Sabda Nabi s.a.w:

"Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya." (Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:

"Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang2 yang solih, mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa2 dan menegah diri dari maksiat." (Hr Hakim)


Telah disampaikan cerita seorang lelaki yang tidur malam sampai subuh dan tidak bangun solat malam. Nabi s.a.w bersabda:

"Lelaki itu syaitan telah kencing di kedua belah telinganya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Fudail bin Iyad telah berkata:

"Apabila kamu tidak mampu untuk qimaullai; dan puasa sunat pada siang hari maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang
kamu lakukan."

Ayuh! Mari sama2 kita berqiamullail!


Nov 24, 2010

Kolokium Ilmuan Siri 2 Berjaya Diadakan

0 comments

KAHERAH, 23 November 2010 :Kolokium Ilmuan Siri Kedua telah berjaya diadakan di Dewan Ibnu Jazari DPM MAQAZ Shoubra. Kolokium Ilmuan bersiri ini adalah sambungan daripada siri pertama yang lalu khusus untuk mahasiswa baru.

Seramai 50 orang telah memenuhi Dewan Ibnu Jazari. Bacaan Tahlil & Doa selamat telah diadakan untuk Saudara Abdul Hadi bin Jusoh yang telah kehilangan ayahnya & juga untuk saudara Muhammad Fakhrurrazi bin Mat Salleh untuk datuknya. Selesai bacaan tahlil, program diteruskan dengan pembentangan kertas kerja Kolokium Ilmuan. Kertas Kerja Pertama Bertajuk Amar Makruf Nahi Mungkar telah dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Fadhil bin Hassanuddin bermula jam 8.30 malam hingga 9.45 malam. Pembentang menjelaskan tentang peri pentingnya semua umat islam untuk melaksanakan tanggungjawab Amar Makruf Nahi Mungkar. Selain itu, beliau menyampaikan kisah-kisah yang berlaku di sekitar Mesir yang memerlukan tenaga kerja semua pihak untuk membanteras kegiatan maksiat yang berlaku.Umat islam juga mesti mengetahui tugasnya yang sebenar apabila bergelar seorang muslim.

Manakala Kertas Kerja kedua pula bertajuk diskusi kitab Thaqafah Da'iah karang Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah dibentangkan oleh Ustaz Muhamad Zuhairi bin Zainal Abidin bermula jam 9.50 malam hingga 11.20 malam. Beliau mengupas satu persatu isi kandungan buku tersebut yang mana semuanya berkaitan bekalan-bekalan yang seharusnya ada pada semua pendakwah masa kini. Dalam buku tersebut terkandung juga cadangan buku-buku yang sepatutnya dibaca oleh semua pendakwah bagi melengkapkan diri mereka dengan ilmu & thaqafah untuk berdakwah.

Majlis berakhir dengan pembahagian cenderahati disampaikan oleh saudara Muhamad Ridzuan bin Adzemi selaku pengarah Program & jamuan daripada pihak penganjur.


Nov 21, 2010

Makluman Kolokium Ilmuan Siri 2

0 comments

Kolokium Ilmuan Siri 2

Tarikh : 23 November 2010 ( Selasa )

Tempat : Dewan Ibnu Jazari DPM MAQAZ Shoubra

Masa : 7.00 Malam

Tajuk 1 : Pembentangan Kertas Kerja Amar Makruf Nahi Mungkar & Konsep Ikhtilat

Tajuk 2 : Diskusi Kitab Thaqafah Da'iah Karangan Dr. Yusuf Qaradhawi

Semua Tahun 1 Diwajibkan Hadir.

Jamuan Disediakan.

Sebarkan.,.


Nov 12, 2010

Q SIRI PERTAMA -TUNAIKAN HAK SYAHADAH, AMAL ISLAM DALAM SEGENAP KEHIDUPAN -

0 comments




KAHERAH, 10 November 2010 :Kolokium Ilmuan Q Siri Pertama telah berjaya diadakan di Dewan Ibnu Jazari DPM MAQAZ Shoubra. Kolokium Ilmuan bersiri ini diadakan khusus untuk mahasiswa baru bagi meningkatkan kefahaman terhadap Islam sebagai cara hidup.

Seramai 70 orang mahasiswa baru telah memenuhi Dewan Ibnu Jazari. Kertas kerja pertama bertajuk 'Tuntutan Konsep Syahadah' telah dibentangkan oleh Saudara Mohd Mukhri bin Ibrahim, AJK Jabatan Fasilitator PMRAM bermula jam 8.15 malam. Dalam pembentangan tersebut, Saudara Mohd Mukhri menjelaskan bahawa setiap umat Islam yang mengucap kalimah Syahadah mempunyai tuntutan yang perlu dilunaskan. Kalimah syahadah adalah kalimah yang sangat mahal kerana dengan kalimah tersebutlah menjadi kunic seseorang itu memasuki syurga. Selain itu, umat Islam mesti mengetahui tugasnya yang sebenar apabila bergelar seorang Muslim.

Saudara Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, Ketua Jabatan Fasilitator PMRAM, telah memdiskuiskan kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Agama Islam bahagian pertama. Antara isi penting dari kitab tersebut, menuntut setiap individu Musliam mengaplikasikan Islam dalam setiap sudut kehidupan samada Akidah, Ibadah, Akhlak dan lainnya.

Nov 10, 2010

DPM Tanta & Shibin El-Kom Tuan Rumah Bagi Konvensyen DPM Ke-IV

0 comments
KAHERAH, 10 Nov - Antara 3 Resolusi Tindakan yang terhasil daripada Konvensyen PMRAM pada 3 November lepas ialah mengadakan Konvensyen DPM ke-IV. Ia bertujuan bagi membincangkan lagi susulan mengenai permasalahan isu pemusatan mahasiswa/wi baru di Kaherah yang berkait rapat dengan survival masa depan DPM.

Sehubungan itu, Konvensyen DPM ke-IV yang dirancang pada sesi 2011 akan dilaksanakan di muhafazah Tanta dengan menjadikan DPM Tanta & Shibin El-Kom sebagai tuan rumah.

Pemilihan tuan rumah bagi Konvensyen DPM ke-IV tersebut merupakan hasil perbincangan antara semua Pengerusi DPM bersama-sama dengan Ketua & Unit Muhafazah PMRAM pada 7 November lalu, Hari Ahad.

Konvensyen terakhir yang dijalankan adalah pada tahun 2007 yang lepas di muhafazah Mansurah. Bahkan sebelum ini Konvensyen DPM ke-II yang dijalankan pada tahun 1998 turut juga berlangsung di muhafazah Mansurah, begutu juga dengan Konvensyen DPM pertama yang dibakalkan pada tahun 1995 yang dijadualkan sepatutnya berlangsung di muhazafah Mansurah.

Konvensyen yang bakal diadakan ini bakal membincangkan beberapa agenda khusus berkaitan dengan DPM bagi merancang dan memperkasakan DPM di bawah kesatuan PMRAM di masa hadapan.

Naib Presiden II, merangkap Ketua Lajnah Muhafazah, Saudara Azlan Haji Alias menyifatkan bahawa KOnvensyen DPM ke-IV ini merupakan satu agneda yang sangat besar dan penting dalam merangkan survival DPM di masa hadapan lebih-lebih lagi apabila pada tahun ini, mahasiswa/wi baru di pusatkan di Kaherah.

Bahkan beliau turut mengingatkan semua mahasiswa/wi agar tidak kalut dan lari fokus terutama dalam tempoh peperiksaan ini mengenai masalah yang berlaku.

Mengenai meklumat lanjut berkaitan dengan Konvensyen DPM ke-IV akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

SERAMBI GABUNGAN DAN TAKLIMAT PERANAN & KERJAYA BERSAMA JAKIM

0 comments

Serambi Gabungan dan Taklimat Peranan & Kerjaya Bersama JAKIM

Oleh : Ustaz Abdullah B. Mat ( Setiausaha Pertama JAKIM di KBMK )
Tarikh : 11/10/2010 (Khamis)
Jam : 7 Malam
Tempat : Dewan Ibnu Jazari, Markaz DPM Shoubra.

Semua Mahasiswa dijemput hadir,

Jamuan Makan Disediakan.

Nov 9, 2010

Kolokium Ilmuan SIRI 1

0 comments


Assalakualaikum w.b.t.

Makluman Kolokium Ilmuan (Q) SIRI 1

Tarikh : 10 November 2010

Masa : 7.00 Malam

Tempat : Dewan Ibnu Jazari DPM MAQAZ Shoubra

Tajuk 1 : Tuntutan Konsep Syahadah

Pembentang : Ustaz Mukhri bin Ibrahim

Tajuk 2 : Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Pembentang : Ustaz Mujahid bin Mohd Fadzil

Semua tahun 1 Diwajibkan hadir. Kertas Kerja & Jamuan disediakan. Yuran Le 2.

Sebarkan..

Nov 6, 2010

JAULAH MAHABBAH ISKANDARIAH

0 comments

Sep 14, 2010

LAPORAN: MALAM SENANDUNG 'AIDILFITRI 1431 H MERIAH

0 comments
Shoubra, 12 September - Bahang kemeriahan Aidilfitri 1431 Hijrah dirasai oleh ahli DPM (MAQAZ) Shoubra dengan penganjurkan Majlis Malam Senandung 'Aidil Fitri 1431. Seramai 80 orang telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Turut hadir pada majlis tersebut Badan Pengurus Angkat  Saudara Mohd Farkhan bin Mohd Zain dan Saudara Mohd Al Hidayat bin Khalid.

Majlis dimulakan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Naib Presiden III PMRAM, Saudara Mohd Farkhan bin Mohd Zain. Dalam ucapannya beliau mengingatkan para hadirin agar menjaga kesatuan di kalangan Mahasiswa Islam. Hasrat ini sejajar dengan tema program Malam Senandung Aidilfitri "Aidilfitri Dirai, Wahdah Dirasai ". Tambah beliau Mahasiswa Islam hendaklah menghindarkan diri dari mencetuskan bibit-bibit perpecahan agar matlamat dan impian untuk memartabatkan Islam itu akan tercapai dengan berjaya dan berkesan.


Majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh mahasiswa baru, teka lagu raya dan cabutan bertuah. Tambah istimewa, barisan kepimpnan DPM (MAQAZ) Shoubra turut menendangkan lagu raya. Majlis diakhiri dengan tayangan video perjalanan sambutan Hari Raya Aidilfitri di kalangan warga Shoubra. Hadirin seterusnya diraikan dengan jamuan Aidilfitri.

Aug 22, 2010

LAPORAN : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPM (MAQAZ) SHOUBRA KALI KE 18

0 comments


SHOUBRA, 21 OGOS - Bertempat di Dewan Ibnu Jazari, Mesyuarat Agung Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra kali ke 18 telah berlangsung dengan jayanya. Dengan tema "Memperkemas Akauntabiliti, Memantap Organisasi ", seramai 65 orang ahli telah menyerikan sidang mesyuarat pada tahun ini.





Majlis perasmian dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan bacaan ayat suci Al - Quran yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Salman bin Mohd Ali Rajab. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan Pengarah Mesyuarat Agung Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra kali ke 18, Ustaz Ahmad 'Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki yang disusuli dengan ucapan Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra 2009/2010, Ustaz Muhamad Naim bin Hassan. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Badan Ekonomi PMRAM 2010, Ustaz Muhammad Alhidayat bin Khalid yang merupakan Badan Pengurus angkat PMRAM cawangan Shoubra.Persidangan kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Mohd Farkhan bin Md Zain, Naib Presiden 3 PMRAM 2010 dan Ustaz Syeikh Mohd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Setiausaha Agung PMRAM 2010.


Agenda Mesyuarat Agung Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra kali ke 18 diteruskan dengan agenda pembentangan laporan aktiviti tahunan, perbahasan usul,. Sidang mesyuarat sebulat suara menerima usul "Memantapkan Halaqah Muzakarah dan memperkasakan peranan Unit Biah Solehah dan Unit Hisbah bagi mengekalkan suasana Islami di bumi Shoubra" yang dibawa oleh saudara Muhamad Ridzuan bin Adzemi.

Seterusnya persidangan mesyuarat meyaksikan perletakan jawatan kepimpinan DPM (MAQAZ) Shoubra 2009/2010 yang telah diumumkan oleh Pengerusi DPM , Ustaz Muhamad Naim bin Hassan.


Sebelum sidang mesyuarat berakhir, majlis memberi ruang kepada barisan AJKT DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2009/2010 untuk menyampaikan kata-kata akhir.


Seusai solat Asar, wakil Suruhanjaya Pilihanraya Shoubra, Mohamad Rasul bin Abd Karim bagi mengumumkan barisan AJKT DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2010/2011. Majlis disusuli dengan ta'aruf ringkas barisan AJKT dan ucapan Pengerusi DPM (MAQAZ) sesi 2010/2011, Ustaz Ahmad 'Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki


Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada barisan AJKT sesi 2009/2010 dan mahasiswa cemerlang 2010.Jutaan penghargaan tidak terhingga buat barisan kepimpinan AJKT DPM (MAQAZ) sesi 2009/2010 dalam sama-sama menerajui kepimpinan PMRAM cawangan Shoubra. Semoga pengorbanan dan tenaga yang dicurahkan bagi mencapai matlamat yang dibawa PMRAM terutamanya menyatupadukan suara anak-anak Melayu yang berada di Mesir ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

Aug 16, 2010

Ihya' Ramadhan : Ifthor Perdana & Qiamullail

0 comments








Aug 14, 2010

Video Promo Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-18

0 comments


http://www.youtube.com/watch?v=WEZnA8D50BA

Aug 7, 2010

"PMRAM Telah Banyak Membantu Mempertahankan Kemerdekaan Negara" - Kuasa Usaha Sementara KBMK

0 comments


KAHERAH, 2 Ogos - Majlis Perasmian Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM telah dirasmikan oleh Kuasa Usaha Sementara, En Shaiful Anuar Muhammad. Beliau yang hadir bersama isteri telah merasmikan program Karnival itu Dataran Hayyu Asyir.


"Persekutuan Melayu Repuplik Arab Mesir (PMRAM) telah wujud sejak tahun 1930 lagi. Ini bermakna, sepanjang 80 tahun kehidupannya sehingga kini sudah tentu banyak asam garam PMRAM telah lalui. Evolusi penubuhan dan perkembangannya juga kita sedia maklum."


"Kita tidak dapat menafikan bahawa kewujudan PMRAM telah banyak membantu mempertahankan kemerdekaan negara kita." tambah beliau.



"Ramai pemimpin di kalangan kita adalah merupakan hasil didikan dan jasa PMRAM. Sumbangan semasa menuntut di Mesir suatu ketika dahulu."




"Saya percaya PMRAM akan terus memainkan peranannya dengan baik sejajar dengan perkembangan semasa. Budi yang ditaburkan oleh PMRAM amatlah banyak." ujarnya



"Saya ingin katakan dalam rangkap 4 kerat pantun berikut "Jauh sungguh pergi mandi, maksud hati hendak bertapa, berat sungguh menanggung budi, 80 tahun memang tak lupa" ujar beliau dengan tepukan gemuruh oleh hadirin yang hadir.


Program pembukaan itu telah dihadiri hampir 1000 orang mahasiswa membanjiri Dataran Hayyu Asyir. 20 PMRAM Cawangan mengambil bahagian di dalam perbarisan kontijen di Dataran tersebut.


Karnival kali ini menjadi satu sejarah buat PMRAM kerana usianya sudah menjangkaui 80 tahun.


Artikel Asal :


Web Rasmi PMRAM

Nantikan Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT) Pada Bulan Ogos

0 comments


Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa dengan kerjasama Unit Pendidikan BKAN & DPM akan mengadakan Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT 10') pada bulan Ogos, program ini terbuka kepada semua mahasiswa di bumi Mesir dan dikhususkan untuk pelajar tahun akhir Pengajian Islam dan Qiraat.


Pendaftaran dibuka mulai sekarang sehingga 3 Ogos 2010.


Segala urusan pendaftaran, bolehlah dirujuk kepada Unit Pendidikan BKAN dan DPM masing-masing.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengarah HEMAT 2010, Saudara Abdul Aziz bin Ali (011-3265864) atau Timbalan Pengarah, Saudari Nur Ain Yaacob (011-7737821)



Artikel Asal :


Web Rasmi PMRAM

May 1, 2010

LAPORAN : MAJLIS IFTOR JAMAIE & SOLAT HIFZI PERDANA

0 comments
SHOUBRA,29 April - Menginsafi rentetan kejadian semasa yang kian membimbangkan , PMRAM cawangan Shoubra mengambil inisatif menganjurkan Majlis Iftor Jamaie dan Solat Hifzi Perdana bertempat di Markaz DPM (MAQAZ) Shoubra.

Program tersebut yang dimulai dengan Majlis Iftor Jamaie turut diserikan dengan kehadiran Badan Pengurus angkat PMRAM cawangan Shoubra, Ustaz Muhammad AlHidayat bin Khalid
yang turut disertai Bendahari Kehormat PMRAM, Ustaz Firdaus bin Noh.

Hadirin seterusnya bersama- bersama membaca Surah Yasin sebelum menunaikan solat Isya' berjemaah. Usai solat Isya', majlis diteruskan dengan upacara Solat Hifzi yang diimami oleh Ustaz Basharul Haffi dan Ustaz Redzuan Adzemi.


Majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz AlHidayat bin Khalid. Dalam tazkirahnya, Ustaz AlHidayat menekankan kepentingan bersabar dalam menghadapi ujian Allah kepada hambanya. Di samping itu, hadirin dibawa menjiwai slogan PMRAM 2010, Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah dan dua usul yang diterima pada Muktamar Sanawi PMRAM tahun ini.

Majllis diteruskan dengan sesi taklimat terkini mengenai isu kenaikan nama mahasiswa Tahun Satu.Slot khas pada malam tersebut yang dipengerusikan oleh Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPM (MAQAZ) Shoubra, Ustaz Md Saifullah bin Nik Abdullah merupakan sesi penerangan gerak kerja yang telah dilakukan untuk urusan kenaikan nama di Maahad Qiraat Shoubra.



Segala isu dan permasalahan yang timbul telah dibentang dan mendapat respon yang amat menggalakkan dari segenap lapisan ahli. Bermula dari urusan permohonan visa sehinggalah penghantaran butiran pelajar kepada pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, pelbagai cadangan dan idea telah dikemukakan oleh para hadirin yang nyata bersemangat bagi mempertahan hak mereka bagi menyelesaikan isu kritikal ini.

PMRAM cawangan Shoubra merakamkan ucapan penghargaan kepada kesemua ahli yang nyata tabah dan mempamerkan semagat kesatuan yang tinngi dalam menghadapi ujian ini. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.

Dec 13, 2009

PROGRAM : SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1430 H

0 comments
17 Disember 2009
Khamis
4.30 petang
_______________________________

4.30 p.m - Bacaan doa akhir tahun & awal tahun
- Solat maghrib & Isya’ berjemaah
- Bacaan Yasin

7.30 p.m - Selawat Qasidah (Qari jemputan khas)
- Ceramah Perdana Maal Hijrah Oleh : Ust. Hanif b. Harun
- Jamuan makan disediakan

Anjuran : Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPM [MAQAZ] Shoubra

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah