Aug 5, 2009

BERITA TERKINI : MAT kali ke-17 berjaya diadakan

0 comments

Dauran 3 Ogos - Dewan Ibnul Jazari hari ini sekali lagi menjadi saksi dengan terlaksananya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra bagi kali yang ke-17. Program tahunan itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Mohd Adlan Mokhtaruddin. Turut hadir mengiringi beliau ialah BP angkat Shoubra, Ustaz Ahmad Taufiq Mohd Dahlan.

Program dimulakan kira-kira jam 9 pagi dengan majlis perasmian. Selepas rehat dan makan pagi, agenda MAT dimulakan dengan pengesahan minit MAT kali ke-16. Kemudian, Setiausaha Agung pula membentangkan laporan tahunan DPM bagi sesi 2008/2009 untuk penilaian ahli. Selepas makan tengahari dan solat zohor, agenda diteruskan dengan pembentangan penyata kewangan oleh Bendahari Agung. Kemudian, perbahasan usul dan cadangan. Hanya satu usul yang diterima untuk dibahaskan iaitu "seluruh ahli dan kepimpinan dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan markaz DPM yang baru sebelum penghujung tahun 2009".

Sejurus selepas itu, ucapan penutup oleh semua AJKT sesi 2008/2009 dan upacara perletakan jawatan. Selepas tayangan slide show, Pengarah SPR, Ustaz Mohamed Dhia Addin Mohamed Zain telah mengumumkan barisan Pengerusi dan AJKT bagi sesi 2009/2010 dan diikuti dengan sesi taaruf AJKT baru dan ucapan sulung Pengerusi DPM, Ustaz Muhammad Naim Hassan.

Menariknya, MAT pada tahun ini diadakan sedikit berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya, di mana turut diadakan Majlis Anugerah Mahasiswa Cemerlang. Ianya sebagai menghargai kejayaan ahli-ahli DPM dalam imtihan yang lepas. Tambah meriah, ianya juga turut diselitkan dengan pameran Galeri DPM sepanjang sesi 2008/2009 di bahagian belakang dewan.

Majlis berakhir dengan penyampaian sijil, hadiah dan cenderahati kepada ahli yang berjaya, mantan-mantan AJKT dan ad-hoc pelaksana. Pihak DPM mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan komitmen sepanjang program sesi ilepas. Semoga kepimpinan baru sesi 2009/2010 akan dapat meneruskan survival DPM demi melihat suasana Islam terus subur di bumi qurra' ini.

Comments

0 comments to "BERITA TERKINI : MAT kali ke-17 berjaya diadakan"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah