Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Firman Allah S.W.T ;
“Masuklah kamu ke Negeri Mesir, Insya Allah dalam keadaan aman” Suruh Yusuf ayat : 99
Generasi pelajar yang menuntut di Maahad Qiraat Shoubra silih berganti saban tahun. Namun matlamat mereka hadir ke bumi mulia ini tetap sama. Untuk memelihara dan memuliakan Al-Quran. Sesuailah dengan status kita sebagai ahli-ahli Allah seperti mana yang telah disebut dalam sepotong hadith:
Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ;
“Bagi Allah dari kalangan manusia ini, ada sebahagiannya merupakan ahli-Nya. Para sahabat bertanya: “ Siapa mereka itu ?”. Baginda menjawab: “ Orang-orang Al-Quran. Mereka ahli-ahli Allah dan sangat dikasihi ”.
Tetapi adakah kita boleh mendabik dada dengan status yang cukup gah ini tanpa kita melihat diri kita sendiri yang kadang-kadang rasa cukup ‘power’ dan ‘perfect’. Adakah hubungan kita dengan Allah cukup akrab, adakah amalan kita selari dengan Islam? Bagaimana pula dengan adab kita sebagai penuntut ilmu. Bukankah dahulu kita berjanji di hadapan bonda dan ayahanda untuk menjadi ulama yang mampu mengislah masyarakat dan meletak Islam pada tempatnya. Namun kini apa yang telah jadi pada diri kita. OK lagi ke?
Bukan mudah untuk mendapatkan ‘title’ ini. Kita patut sedar perihal diri kita dan tahu bagaimana untuk mendapatkan ‘title’ ini.
Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A:
“Seorang Hamalatul Quran itu patut tahu bahawa malamnya ketika manusia sedang nyenyak tidur, paginya ketika orang lain sedang berbuka, sedihnya ketika orang lain sedang bergembira, menangisnya ketika orang lain sedang bergelak ketawa, diamnya ketika orang lain sedang banyak berkata-kata, khusyuknya ketika orang lain sedang berselisih”.
Ingatlah pesanan Junjungan Mulia Rasulullah SAW
Dari Saidina Umar RA meriwayatkan dari bahawa Rasulullah bersabda;
“Allah memuliakan ramai orang dengan Kitab ini (Al-Quran), dan Dia juga merendahkan seseorang dengan perantaraan yang sama”.
Kini segala-galanya terletak atas diri kita untuk mencorak diri masing-masing.
Disediakan oleh : Ust Saifullah Hj Misroo, Timbalan Pengerusi DPM [MAQAZ] Shoubra 09/10

Comments
0 comments to "SOUTUL DAKWAH"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.