Antara intipati kitab tersebut ialah, pengarang kitab tersebut telah menyarankan kepada setiap penuntut ilmu Allah yang juga merupakan pewaris para anbia’ supaya menjadi seorang ulama’ yang mampu untuk berdakwah, mengajak manusia kepada Allah. Bukan setakat menuntut ilmu semata-mata, akan tetapi mereka mampu untuk menerangkan perkara yang sebenar tentang islam yang sebenar kepada manusia berdasarkan ilmu yang telah mereka pelajari. Pengarang juga pernah merintih dan mengadu bahawa kurangnya para pendakwah untuk menyeru manusia kepada pengabdian diri kepada Allah, termasuklah dalam kehidupan seharian dari pelbagai sudut. Tidak membiarkan diri kita sebagai seorang yang mempelajari ilmu agama, al-quran khususnya dipergunakan oleh orang-orang yang berkepentingan untuk menjayakan agenda yang langsung tidak membawa kepada pengabdian diri kepada Allah. Pendiskusi kitab juga mengingatkan kepada semua pelajar agar pandai membahagikan masa di antara kerja-kerja yang berbentuk peribadi [amal fardi] dan persatuan [amal ijtima’ie] dengan tidak mengenepikan salah satu daripadanya. Sekiranya diketepikan salah satu daripadanya sudah pasti akan mencacatkan kelansungan perjalanan dakwah sebagaimana yang diingini oleh pengarang kitab tersebut.
Seterusnya majlis yang dihadiri oleh lebihkurang 60 orang pelajar yang kebanyakannya dari pelajar tahun satu itu telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Azrul bin Ismail. Seterusnya, sebagai tanda penghargaan kepada perasmi merangkap pendiskusi kitab, Ustaz Mohamad Naim bin Hassan, Pengerusi DPM [MAQAZ] Shoubra mewakili pihak majlis telah menyampaikan cenderahati.
Perbincangan Serambi.
Setelah selesai Majlis Pelancaran Halaqah Muzakarah & Serambi dan diskusi kitab, program diteruskan dengan perbincangan di dalam serambi. Untuk makluman, terdapat sedikit perubahan dari sudat pembahagian serambi. Pada tahun-tahun sebelum ini, terdapat tiga serambi iaitu Makki Madani, Basri dan Kufi. Namun pada tahun ini telah dikurangkan kepada 2 serambi sahaja dan ditukar nama kepada Serambi As-Syatibi dan Serambi Ibnu Al-Jazari. Hal ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang diambil kira oleh pihak DPM dan untuk memastikan kesinambungan serambi. Akhir sekali, para hadirin disajikan dengan mee laksa. Pihak DPM mengharapkan kepada semua ahli agar memberikan sepenuh komitmen kepada program serambi ini memandangkan serambi ini bukan program untuk mengisi masa lapang akan tetapi program ini mempunyai objektif yang cukup besar antaranya menjadi medan bagi ahli untuk sama-sama berbincang dan menjana idea untuk berkongsi pelbagai perkara. Bukan sahaja program serambi, akan tetapi program-program yang akan datang juga memerlukan komitmen daripada ahli-ahli. Jika bukan ahli DPM [MAQAZ] Shoubra yang menjayakan program DPM siapa lagi yang akan menjayakannya? Jika bukan sekarang bila lagi? Jika bukan di sini, di mana lagi? Fikir-fikirkanlah.
** Untuk mengetahui senarai rumah mengikut serambi sila klik di sini
2.35 pagi : 14 Oktober 2009
Comments
0 comments to "MAJLIS PELANCARAN HALAQAH MUZAKARAH & SERAMBI BERJAYA"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.