Nov 17, 2009

BERITA : JAULAH MAHABBAH ISKANDARIAH & MAJLIS PENUTUP HTS 09 BERJALAN LANCAR

0 comments

Sila Klik Di Sini untuk ke Galeri MAQAZ

16 November 2009 - Iskandariah - Pihak DPM [MAQAZ] Shoubra di bawah Unit Sambutan & Rehlah dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa Baru [USMB] Shoubra telah berjaya menganjurkan Jaulah Iskandariah & Majlis Penutup Hari Taklimat & Silaturrahim (HTS 09) bagi mahasiswa tahun satu. Kira-kira 90 orang telah menyertai jaulah ini. Perjalanan ke Iskandariah yang dijadualkan bermula jam 7.00 pagi tertangguh sehingga jam 8.00 pagi disebabkan sedikit masalah pada bas. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke Iskandariah sekitar jam 1.00 petang.


Destinasi pertama yang dituju ialah Taman Montazah. Di sana, para peserta dihidangkan dengan makanan tengahari seterusnya solat jama' taqdim. Majlis Penutup bermula sekitar jam 2.00 petang bermula dengan ucapan Pengarah USMB ; Ust Mohd Nasruddin bin Mohajir seterusnya ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh Pengerusi DPM [MAQAZ] Shoubra ; Ust Mohd Naim bin Hassan. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada perasmi serta beberapa orang mahasiswa yang telah dipilih untuk dianugerahkan anugerah khas HTS 09. Anugerah-anugerah tersebut ialah ; Mahasiswa Harapan, Mahasiswa Ceria dan Mahasiswa Aktif. Secara keseluruhannya para peserta telah menunjukkan komitmen yang cukup baik dan cemerlang sepanjang program HTS dilaksanakan. Pihak penganjur mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua mahasiswa tahun satu.


Seusai majlis penutup, semua peserta dibenarkan untuk menikmati pemandangan sekitar Taman Montazah. Kira-kira jam 4.00 petang perjalanan menuju ke destinasi seterusnya ialah Masjid Sidi Abu Abbas Al-Mursi. Menziarahi maqam sheikh Busiri seorang pereka burdah terkenal, maqam Sheikh Abu Abbas Al-Mursi, maqam Imam Makinuddin Al-Asmar merupakan seorang imam qurra' yang terkenal di Iskandariah, maqam Sheikh Yaqutul Arsy, maqam-maqam 14 wali termasuk cicit baginda Nabi SAW. Memandangkan masa yang agak terbatas, beberapa tempat tidak sempat untuk dikunjungi iaitu Kubu Qaitbey, Maktabah Iskandariah dan Masjid Nabi Danial & Luqmanul Hakim.

Alhamdulillah, semua peserta telah selamat sampai di Shoubra sekitar jam 10.00 malam. Pihak DPM [MAQAZ] Shoubra sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang memberikan sepenuh komitmen serta barisan pelaksana program yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut. Pihak penganjur tidak mampu untuk memberikan apa-apa ganjaran kepada kesungguhan sahabat-sahabat, namun yakin dan percayalah bahawa Allah tidak akan mensia-siakan usaha kalian. Barakallahufikum..

Comments

0 comments to "BERITA : JAULAH MAHABBAH ISKANDARIAH & MAJLIS PENUTUP HTS 09 BERJALAN LANCAR"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah