Nov 10, 2009

BERITA : JAULAH MAHABBAH MELAWAT MAQAM SEKITAR KAHERAH BERJAYA

0 comments


9 November 2009 - Kaherah - Pihak DPM [MAQAZ] Shoubra di bawah Unit Sambutan dan Rehlah dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa Baru [USMB] telah menganjurkan Jaulah Mahabbah Maqam sekitar Kaherah. Jaulah yang disertai oleh seramai lebih kurang 90 orang peserta dan 15 orang AJK ini bermula seawal jam 7.00 pagi. Bermula dengan sesi pendaftaran dan sarapan pagi. Pada jam 8.00 pagi, jaulah dimulakan. Sebanyak 2 bas dan 1 coaster telah digunakan. Destinasi pertama ialah Masjid Amru Al-As, masjid yang terbesar di benua Afrika. Seterusnya menziarahi maqam-maqam yang terdapat di sekitar masjid Imam As-Syafi'e. Maqam Sheikh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani seorang yang hebat dalam bidang hadis dan beberapa bidang yang lain. Maqam 'Uqbah ibn Amir, Zunnun Al-Misri, Rabiatul Adawiyah, Imam Al-Laith dan banyak lagi. Seterusnya, program diteruskan dengan menziarahi maqam-maqam yang terdapat di sekitar Jabal Muqattam. Bermula dengan maqam Ibn Atoillah Assakandari, Wali Soghir dan lain-lain.
Program berhenti rehat dengan Solat Zohor dan makan tengahari di sekitar masjid. Perjalanan seterusnya menuju ke Kubu Solahuddin Al-Ayubi. Berada di sekitar kubu lebih kurang 2 jam seterusnya menuju perjalanan ke Masjid Sultan Hassan dan Masjid Ar-Rifaie untuk Solat Asar. Lebih kurang jam 4.00 petang perjalanan menuju ke destinasi yang terakhir iaitu Shoubra. Sampai di Shoubra kira-kira jam 5.30 petang. Jaulah kali ini berjalan dengan lancar dan rata-rata para peserta kelihatan begitu gembira walaupun sedikit kepenatan. Pihak DPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dan para AJK yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini serta mereka yang terlibat secara lansung atau tidak lansung. Semoga jaulah kali ini mendapat manfaat dan lebih-lebih lagi mendapat keredhaan dari Allah. Moga-moga mendapat semangat untuk menuntut ilmu Allah seperti para aulia dan ulama' Allah.


Comments

0 comments to "BERITA : JAULAH MAHABBAH MELAWAT MAQAM SEKITAR KAHERAH BERJAYA"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah