Nov 22, 2009

BERITA : KELAS PENGAJIAN TUHFATUL ATFAL BERSAMA SHEIKH TOHA

0 comments

Dauran Shoubra - 22 November 2009 - Kelas Pengajian Matan Tuhfatul Atfal yang disampaikan oleh Sheikh Toha Muhammad, telah bermula pada petang tadi selepas solat Asar. Kelas pengajian tersebut yang  dikendalikan oleh Unit Pengetahuan dan Pendidikan merupakan satu inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkenaan dengan asas-asas ilmu tajwid. Pihak DPM mengharapkan agar semua ahli boleh mengambil peluang ini untuk bersama-sama menghadiri pengajian yang disampaikan oleh Sheikh Toha tersebut. Kelas pengajian ini akan berlansung pada setiap hari Ahad selepas solat Asar di markaz DPM. Pihak penganjur juga mengalu-alukan penyertaan dari sahabat-sahabat yang berada di BKAN dan DPM yang lain. Semoga usaha murni ini mendapat rahmat daripada Allah.

p/s : Kelas ini dibatalkan pada minggu hadapan untuk memberi laluan kepada program hari raya korban yang akan datang.

Comments

0 comments to "BERITA : KELAS PENGAJIAN TUHFATUL ATFAL BERSAMA SHEIKH TOHA"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah