Dauran Shoubra - 21 November 2009 - Pihak Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPM [MAQAZ] Shoubra telah berjaya menganjurkan Kolokium Huffaz (Q) PMRAM siri kedua di markaz DPM malam tadi. Program itu yang dihadiri oleh seramai kira-kira 40 orang pelajar tahun satu itu bermula kira-kira jam 8.00 malam.
Kitab Thaqafah Dai'eyah telah didiskusikan oleh Ustaz Mohd Hanif bin Haron pada sesi yang pertama. Kitab yang dikarang oleh seorang ulama' terkenal iaitu Sheikh Dr Yusof AL-Qaradawi itu telah dikupas dengan begitu menarik dan jelas. Beberapa input menarik yang dapat diambil dari kitab tersebut ialah pentingnya bagi seseorang mahasiswa untuk menguasai beberapa thaqafah tambahan seperti thaqafah islamiah, tarikhiyah, adab dan bahasa, insaniah, ilmiah dan waqi'eyah. Pengarang juga menyeru kepada setiap mahasiswa untuk menguasai beberapa kitab-kitab tambahan yang boleh menjadi bahan rujukan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Pada akhir sesi tersebut, pihak penganjur menyampaikan cenderahati kepada pendiskusi sebagai tanda kenang-kenangan.
Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim pula telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pengertian Jahiliah kurun ke-20 pada sesi yang kedua. Pelbagai perkara telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh beliau. Bermula dengan pengertian jahiliah, sirah baginda SAW sehinggalah jahiliah yang berlaku pada zaman sekarang. Pihak penganjur menyampaikan cenderahati kepada pembentang sebagai tanda penghargaan.
Seperti biasa, para peserta tidak kerugian dengan bayaran yuran sebanyak LE 6 kerana dihidangkan dengan sedikit jamuan. Semoga program yang dijalankan mendapat rahmat dari Allah dan pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Program Kolokium Huffaz siri ketiga akan dilaksanakan pada hari Selasa 24 November 2009. Semua dijemput hadir.

Comments
0 comments to "BERITA : KOLOKIUM ILMUAN SIRI KEDUA"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.