Dec 14, 2009

Amukan Singa Al-Quran

0 comments

Shibin El-Kom 13 Disember - Pasukan bola sepak Shoubra telah mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan persahabatan antara DPM Shoubra vs DPM Shibin. Perlawanan yang berlangsung di Istad Jami'ah, dekat sini. Pasukan yang diberi jolokan Singa Al-Quran itu berjaya menewaskan pasukan Shibin 7-3.

Bersempena dengan perlawanan tersebut juga, ianya bukan hanya bertujuan mainan semata-mata tetapi yang paling utama ialah mengeratkan ukhwah dikalangan penuntut Malaysia yang belajar dibumi Anbiya' ini. Perlawanan itu juga turut disertai oleh Ust Abdul Rahman Mohd (tim.setiausaha) dan Ust Wan Mohd Kamarul Arifin b. Wan Mohd Salim (UKKS). Alhamdulillah kedua-dua pasukan mempamerkan komitmen yang cukup tinggi bagi menjayakan perlawanan tersebut.

Tahniah juga diberikan kepada seluruh warga DPM Shibin yang banyak membantu melancarkan perjalanan perlawanan ini. Moga-moga usaha dan khidmat yang diberikan mendapat ganjaran yang setimpal disisi Illahi. Kami warga DPM mengucapkan tahniah kepada pasukan Shoubra yang telah mengharumkan nama DPM. Semoga kejayaan ini akan berterusan dan tidak terhenti di pertengahan jalan. Teruskan perjuangan kalian, kami sentiasa memberi sokongan padu.

Comments

0 comments to "Amukan Singa Al-Quran"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah