Feb 6, 2010

Ambil Perhatian Serius Terhadap Kesihatan Dan Pemakanan

0 comments

Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM, menasihati agar semua ahli PMRAM khususnya mengambil langkah berjaga-jaga ketika membeli makanan di luar. Hal ini berikutan laporan keracunan yang dihidapi oleh 2 mahasiswa Mesir baru-baru ini.

2 Februari yang lalu, Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM, Saudara Zuhaili sambil ditemani oleh Saudara Nik Rosdi dan Saudara Abdul Malik menziarahi seorang mahasiswa Kedah yang keracunan makanan di Hospital Ain Syams. Menurut laporan, mahasiswa dari negeri Kedah tersebut mengalami keracunan sejak beberapa hari yang lalu apabila pada suatu malam beliau muntah dan batuk berdarah. Ekoran tersebut beliau dikejarkan oleh pihak BKAN Kedah ke beberapa hospital yang berdekatan sebelum ke Hospital Ain Syams lantaran nasihat daripada pihak hospital yang lain.

Menurut beliau, kronologi keracunan tersebut adalah ketika mana beliau bersama seorang rakan yang lain membeli makanan di sebuah kedai makan milik warga tempatan. Namun, kesan awal yang menunjukkan keracunan makanan menimpa kepada sahabatnya sehingga menyebabkan demam kuning. Kemudian beliau pula yang mengalami keracunan makanan tersebut ketika masa peperiksaan sedang ranjak berjalan.

Jelas Saudara Zuhaili, pesakit akan dibawa pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan yang lanjut.

Justeru, pihak PMRAM menasihatkan agar ahli mengambil berat akan aspek kebersihan di dalam makanan yang diambil dan lebih menasihati agar buat masa seketika ini ahli digalakkan untuk tidak membeli makanan di kedai berhampiran dengan jalan raya memandangkan tahap kebersihan yang tidak begitu selesa.


Dari http://www.pmram.org/

Comments

0 comments to "Ambil Perhatian Serius Terhadap Kesihatan Dan Pemakanan"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah