Feb 12, 2010

KURSUS ADOBE PHOTOSHOP & FLASH PROFESSIONAL BERJALAN LANCAR2010

0 comments



Hayyu Sabiek - 9 Februari 2010 - Pihak DPM (MAQAZ) Shoubra dengan kerjasama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan Kursus Adobe Photoshop & Adobe Flash Professional. Kursus yang berlangsung selama tiga hari itu telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan (BP Penerangan & Penerbitan PMRAM). Beliau menasihatkan kepada para peserta agar memberikan sepenuh perhatian dan memanfaatkan ilmu yang akan disampaikan oleh pembentang. Seramai 23 orang peserta telah menyertai kursus tersebut.

Pada hari pertama, para peserta telah didedahkan dengan Adobe Photoshop yang telah dibentangkan oleh Ustaz Wan Ahmad Hanif bin Wan Mohamed @ Adnan. Beliau merupakan pelajar Kuliah Bahasa Arab Universiti Al-Azhar As-Syarif. Banyak ilmu yang telah diberikan oleh pembentang berkenaan dengan ilmu-ilmu asas dalam penggunaan Adobe Photoshop. Kebanyakan peserta mampu memahami sedikit demi sedikit melalui pembentangan tersebut.

Kursus Adobe Flash Professional pula telah disampaikan oleh Ustaz Norhalis Syafiq bin Ahmad, merupakan pelajar tahun pertama Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Tanta pada hari kedua. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik-teknik untuk menggunakan Adobe Flash tersebut. Walaupun pada mula para peserta tidak mampu memahami dengan sepenuhnya, namun, pada akhir kursus, para peserta mampu memahami dengan baik.

Pada hari ketiga pula, para peserta didedahkan lagi dengan teknik-teknik menarik dalam penggunaan Adobe Photoshop. Pada kali ini, pembentang lebih menekankan tentang cara penggunaan/praktikal berbanding teori. Kursus berakhir pada jam 4.45 petang.

Program diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup Kursus Adobe Photoshop yang telah dirasmikan oleh Ustaz Hafis bin Abidin (YDP Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang). Di dalam ucapannya, beliau menasihatkan kepada para peserta agar memberikan tenaga khususnya dalam bidang Adobe Photoshop kepada BKAN dan DPM. Beliau juga menasihatkan agar ilmu tersebit tidak disalahgunakan dan perlu digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah dan juga untuk kepentigan Islam. Sebagai tanda penghargaan kepada peserta kursus, pihak penganjur telah menyediakan sijil kepada para peserta kursus dan telah disampaikan oleh YDP BKAN Penang. Seterusnya, penyampaian cenderahati kepada pembentang kursus Adobe Photoshop. Para hadirin telah dihidangkan persembahan multimedia pada akhir majlis tersebut. Majlis berakhir sebelum solat Maghrib.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai kursus, juga kepada semua urus setia kursus yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha kita akan dinilai baik di sisi Allah.

Comments

0 comments to "KURSUS ADOBE PHOTOSHOP & FLASH PROFESSIONAL BERJALAN LANCAR2010"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah