May 1, 2010

LAPORAN : MAJLIS IFTOR JAMAIE & SOLAT HIFZI PERDANA

0 comments
SHOUBRA,29 April - Menginsafi rentetan kejadian semasa yang kian membimbangkan , PMRAM cawangan Shoubra mengambil inisatif menganjurkan Majlis Iftor Jamaie dan Solat Hifzi Perdana bertempat di Markaz DPM (MAQAZ) Shoubra.

Program tersebut yang dimulai dengan Majlis Iftor Jamaie turut diserikan dengan kehadiran Badan Pengurus angkat PMRAM cawangan Shoubra, Ustaz Muhammad AlHidayat bin Khalid
yang turut disertai Bendahari Kehormat PMRAM, Ustaz Firdaus bin Noh.

Hadirin seterusnya bersama- bersama membaca Surah Yasin sebelum menunaikan solat Isya' berjemaah. Usai solat Isya', majlis diteruskan dengan upacara Solat Hifzi yang diimami oleh Ustaz Basharul Haffi dan Ustaz Redzuan Adzemi.


Majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz AlHidayat bin Khalid. Dalam tazkirahnya, Ustaz AlHidayat menekankan kepentingan bersabar dalam menghadapi ujian Allah kepada hambanya. Di samping itu, hadirin dibawa menjiwai slogan PMRAM 2010, Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah dan dua usul yang diterima pada Muktamar Sanawi PMRAM tahun ini.

Majllis diteruskan dengan sesi taklimat terkini mengenai isu kenaikan nama mahasiswa Tahun Satu.Slot khas pada malam tersebut yang dipengerusikan oleh Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPM (MAQAZ) Shoubra, Ustaz Md Saifullah bin Nik Abdullah merupakan sesi penerangan gerak kerja yang telah dilakukan untuk urusan kenaikan nama di Maahad Qiraat Shoubra.



Segala isu dan permasalahan yang timbul telah dibentang dan mendapat respon yang amat menggalakkan dari segenap lapisan ahli. Bermula dari urusan permohonan visa sehinggalah penghantaran butiran pelajar kepada pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, pelbagai cadangan dan idea telah dikemukakan oleh para hadirin yang nyata bersemangat bagi mempertahan hak mereka bagi menyelesaikan isu kritikal ini.

PMRAM cawangan Shoubra merakamkan ucapan penghargaan kepada kesemua ahli yang nyata tabah dan mempamerkan semagat kesatuan yang tinngi dalam menghadapi ujian ini. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.

Comments

0 comments to "LAPORAN : MAJLIS IFTOR JAMAIE & SOLAT HIFZI PERDANA"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah