Sep 26, 2010

KALAM PENGERUSI DPM (MAQAZ)SHOUBRA: KHAS KEPADA MAHASISWA BARU

0 comments

Assalamualaikum w.b.t
  1. Pepatah ada menyebut, lain padang lain belalang. Antara cabaran terbesar sahabat-sahabat mahasiswa baru adalah bagi menyesuaikan diri dengan budaya baru. Sebarang kebiasaan yang menjadi pengamalan di tanah air mungkin tidak lagi sesuai diterap di sini. Menghadapi culture shock, sahabat-sahabat disaran dapat meningkatkan kewaspadaan terhadap suasana sekeliling. Utamakan keselamatan terhadap barang-barang berharga; pasport, telefon bimbit dan lain-lain.
  2. Sesi pengajian 2010/2011 mampu menjadi medan 'kebangkitan' semula setelah apa yang telah terjadi sebelum ini. Dengan beberapa peraturan baru yang dijangka mampu melancarkan proses kenaikan nama, kerjasama sahabat-sahabat merupakan faktor penting bagi hasrat ini. Justeru, sahabat-sahabat mahasiswa baru dinasihatkan berada di Kaherah sehingga 15 Oktober 2010 bagi melancarkan segala urusan berkaitan.
  3. Tahun ini juga adalah tahun terkahir kepada dua orang Syeikh yang sekian lama berkhidmat; Syeikh Ahmad Abd Rahim dan Syeikh Judah Abd Salam Jabullah . Manfaatkan waktu berbaki dengan sama-sama kita memberi kerjasama dan khidmat terbaik kepada para masyaikh. Hadir ke kuliah dan menadah mutiara ilmu merupakan perkara yang mampu kita hadiahkan kepada masyaikh.
  4. Peningkatan kes kesihatan di kalangan mahasiswa Islam berada pada tahap membimbangkan. Sehingga Syawal, Lajnah Kebajikan &Kemanusian PMRAM menerima enam kes melibatkan Hepatitis A. Peringatan pada semua, penjagaan kesihatan harus menjadi prioriti utama menghadapi tempoh peralihan cuaca.
  5. Akhirnya, saya dengan penuh rendah diri mengharapkan kerjasama penuh sahabat mahasiswa baru bagi dalam melancarkan segala proses berkaitan keselamatan, pengajian dan lainnya. Sama-sama kita doakan kesatuan kita akan berkekalan lamanya

Comments

0 comments to "KALAM PENGERUSI DPM (MAQAZ)SHOUBRA: KHAS KEPADA MAHASISWA BARU"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah