Sep 28, 2010

Ziarah AJKT DPM [MAQAZ] Mengeratkan Hubungan

0 comments
HAYYU SABI', 23 September - Amalan ziarah menziarahi merupakan ajaran yang dituntut oleh Islam. Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tadbir DPM [MAQAZ] Shoubra telah berkunjung kerumah ahli DPM [MAQAZ] yang terletak di Madinatul An-Nasr, Hayyu Sabi'.

Rumah tersebut adalah antara rumah yang terletak jauh sedikit daripada Markaz DPM Shoubra sendiri. Kehadiran beberapa orang AJKT [MAQAZ] yang diketuai oleh Setiausaha Agung DPM [MAQAZ] Saudara Sufyan Omar disambut baik oleh ahli rumah tersebut.

"Walaupun kedudukan rumah ini berada di Hayyu Sabi', akan tetapi kita tidak pernah lupa akan kebajikan dan hubungan [MAQAZ] dengan ahli-ahli. Kita saling ziarah menziarahi, inilah yang sebenarnya Islam mahu daripada umatnya. saling berukhuwah antara satu sama lain". Kata Setiausaha Agung DPM [MAQAZ] sebagai mewakili Pengerusi DPM [MAQAZ] Shoubra.



Bagi Saudara Fakhruddin pula, beliau berasa teruja dengan kehadiran AJKT DPM [MAQAZ] kerumahnya. Apa yang beliau harapkan ialah supaya perkara ini akan berterusan dimasa akan datang. Beliau yang kini sudah tamat pengajian di Ma'ahad Qiraat Shoubra dan akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

Comments

0 comments to "Ziarah AJKT DPM [MAQAZ] Mengeratkan Hubungan"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah