Oct 6, 2010

Lambaian Haji Kembali Lagi

0 comments


Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sekali lagi akan menganjurkan Pakej Haji PMRAM. Pakej yang dianjurkan oleh pihak Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM 2010 tersebut telah pun dibuka untuk pendaftaran. Bagi yang ingin mendaftarkan diri, antara dokumen yang diperlukan ialah:

1) Visa sah sehingga 1 Mas 2011
2) Surat sokongan Haji dari pihak KBMK (dalam Bahasa Arab)
3) Penyata pengesahan pengajian (Tasdiq kuliah)
4) Ta'syir audah daripada Mujamma' Tahrir
5) 8 keping gambar berukuran paspot (latar belakang putih)
6) Sijil pengesahan kesihatan (Syahadah Thot'im) beserta resit

Antara pakej yang termasuk dalam Pakej Haji PMRAM ialah:

1) Visa Haji
2) Tiket kapal laut (pergi-balik) kelas pertama
3) Rusum Bank Faisal
4) Bayaran Muassasah Saudi untuk khemah di 'Arafah
5) Pengangkutan (Kaherah-Port Safaga-Kaherah)
6) Pengangkutan ziarah Mekah/Madinah
7) Penginapan Mekah/Madinah

Bagi siswi, pastikan mempunyai dan membawa mahram yang sah dan pihak PMRAM sangat mengalu-alukan penyertaan seluruh mahasiswa dan mahasiswi bagi menyahut seruan Haji bagi tahun 1431H. Sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM 2010, Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi di talian +20116312426 atau emel ustazhuzaifah@yahoo.com. Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 18 Oktober 2010.

Comments

0 comments to "Lambaian Haji Kembali Lagi"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah