Nov 4, 2010

"Beramanah Dalam Melaksanakan Tugasan" - Habib Ali Al-Joofre

0 comments
    Perasmi penutup Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri II Al-Alim Al-Allamah Habib Ali Al-Jufri Al-Yamani menegaskan di dalam ucapan beliau bahawa penuntut ilmu wajib mengamalkan apa yang dipelajarinya. 

Tambahnya, bukti bahawa ilmu yang dipelajari itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT ialah dengan amalan pemilik ilmu tersebut.

"Sebagai penuntut ilmu agama, maka sifat benar pada percakapan wajib ada bahkan sifat amanah juga wajib diamalkan ketika melaksanakan tugasan yang diberikan. Ilmu bukan hanya semata-mata dengan mengaji sahaja bahkan keberkatan itu akan hadir dengan amalan yang dilakukan". Ujar beliau ketika perasmian penutup di dewan Nadi Riadhi Madinah Nasr, Kaherah.

Menurutnya, bagaimana kita mampu bertemu dengan Rasulullah SAW suatu hari kelak sekiranya kita tidak mengamalkan hadis yang dipelajari bersama-sama dengan sheikh. Orang yang tidak beramal dengan ilmunya tidak layak untuk menjadi pendakwah.

Katanya lagi, sebagai seorang pendakwah maka terdapat beberapa amalan yang perlu dilakukan iaitu solat tahajjud di waktu malam, solat berjemaah serta melazimi zikir dan selawat kepada Rasulullah SAW.

Majlis penutup tersebut diakhiri dengan bacaan doa daripada Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ith Al-Kattani.
 

Comments

0 comments to ""Beramanah Dalam Melaksanakan Tugasan" - Habib Ali Al-Joofre"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah