SHOUBRA, 19 November - Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra di dalam khutbahnya Aidiladha menyeru kepada semua ahli DPM (MAQAZ) Shoubra mengambil intipati korban yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran.
Dalam khutbah tersebut, beliau mengimbas bagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh Baginda Muhammad s.a.w sebaik sahaja mendapat wahyu pertama. Nabi Muhammad s.a.w telah mengorbankan segala kepentingan dirinya demi menyebarkan syiar Islam.
Hasilnya, Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan kesanggupan para Sahabat melakukan tranformasi besar-besaran dalam segenap aspek hingga lahir tokoh-tokoh besar yang diingati sepanjang sejarah.
Golongat Sahabat menjadi saksi bagaimana Nabi Muhammad s.a.w berjaya mengaplikasikan segala tuntuntan Al-Quran.
Justeru, tegas beliau setiap ruang perubahan mestilah didahului dengan pengorbanan yang dilandasi landasan Al - Quran. "Proses transformasi masyarakat mestilah dengan gerakan kembali pada Al- Quran, kitab suci yang telah terbukti melakukan islah secara berkesan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w"
Turut disentuh, proses interkasi dengan Al - Quran harus bermula dengan tilawah (pembacaan), diikuti dengan tadabbur (perenungan) sebelum terhasilnya (terkesan). Proses ini yang bertetapan pada kondisi mahasiswa Islam Shoubra sebagai Hamalatul Qur'an, haruslah dibudayakan dalam setiap peringkat.
Nov 20, 2010
Browse > Home / / HAYATI ROH KORBAN BERLANDASKAN AL-QURAN - PENGERUSI DPM (MAQAZ) SHOUBRA
HAYATI ROH KORBAN BERLANDASKAN AL-QURAN - PENGERUSI DPM (MAQAZ) SHOUBRA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments
0 comments to "HAYATI ROH KORBAN BERLANDASKAN AL-QURAN - PENGERUSI DPM (MAQAZ) SHOUBRA"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.