Nov 19, 2010

TAKZIAH KEPADA SAUDARA ABD HADI DAN AHMAD ADZAM

0 comments

SHOUBRA, 18 Nov - Di tengah kemeriahan menyambut Aidiladha, suasana sedih dan suram menyelubungi bumi Shoubra apabila ayahanda kepada Saudara Abdul Hadi bin Jusoh Mahasiswa Tahun Satu Qiraat Shoubra, menghembuskan nafasnya yang terakhir tengahari semalam (waktu Malaysia).

Beliau yang berasal daripada Kampung Bachok, Kelantan merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik-beradik.

Allahyarham yang telah lama menderita selepas kaki kanannya terjatuh kedalam lubang semasa sedang berkebun menyebabkan seluruh anggota badannya tidak dapat bergerak kira-kira tujuh bulan lepas.

Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan pada keesokkan harinya jam 9.00 pagi waktu Malaysia.



Pihak DPM [MAQAZ] Shoubra yang diketuai oleh Pengerusi, Saudara Ahmad 'Afif Zuhdi Ahmad Zaki telah menziarahi Saudara Abdul Hadi dirumahnya dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau.

Turut serta dalam lawatan itu, Ketua Badan Sambutan dan Rehlah PMRAM Saudara Ahmad Huzaifah Fauzi selaku merangkap Penasihat I DPM [MAQAZ] Shoubra dan Saudara Sheikh Mujahid Sikh Nawawi, Naib Setiausaha Agung PMRAM.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, pihak DPM (MAQAZ) Shoubra turut merakamkan ucapan takziah kepada Saudara Ahmad Adzam bin Mohamad Nadzri atas pemergian adiknya pada 9 November lepas.

Adiknya yang terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya ketika menunggang motorsikal menuju ke sekolah, merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.
Pihak DPM (MAQAZ) Shoubra yang diwakili Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan, Saudara Muhammad Taisir bin Mohamad Hussin telah menziarahi Saudara Ahmad Adzam dan telah meyerahkan sumbangan DPM (MAQAZ) Shoubra.

Comments

0 comments to "TAKZIAH KEPADA SAUDARA ABD HADI DAN AHMAD ADZAM"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah