Nov 20, 2010

JENDELA TAAKHI AIDILADHA : BKPPPM

0 comments



KAHERAH, 15-17 November - Lambaian Dzulhijjah tiba lagi. Menjadikan UDHIYYAH MERAIH TAQWA sebagai tema Sambutan AidilAdha BKPPPM pada kali ini yang berlangsung selama 3 hari banyak menerapkan berkenaan tentang pengorbanan. Takbir raya yang dialun sesudah solat maghrib membuka tirai agenda sambutan dituruti dengan Majlis Perutusan Raya AidilAdha dari Wakil Presiden PMRAM yang disampaikan oleh BP PMRAM Ustaz Zuhaili. Turut serta pada majlis tersebut adalah Ustazah Samihah bt Abdullah selaku HEWI Angkat BKPPPM sesi 2010/2011.



Pada keesokan harinya setelah menunaikan Solat Hari Raya AidilAdha pada jam 9 pagi kesemua ahli berkumpul untuk menyaksikan acara korban. Buat julung-julung kalinya, acara korban kali ini melibatkan unta sebanyak 2 ekor. Selain itu, 1 ekor kambing dan 3 ekor kharuf turut menjadi haiwan korban pada kali ini. Alhamdulillah, acara korban telah berjalan dengan sempurna walaupun terdapat beberapa kecederaan pada ahli yang menyembelih dan melapah haiwan korban. Pada petangnya, ahli BKPPPM dijamu dengan hidangan lontong bersama kuah kacang. Pengisian ceramah bertajuk “Pengorbanan” telah berlangsung pada malam hari setelah solat isyak yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Negeri Terengganu iaitu Ustaz Muhammad Zahari b Ali. Syukran jazilan buat penceramah jemputan.

Pada hari ketiga, diadakan Majlis Walimatul Urus bagi meraikan pasangan mempelai Ustazah Solehah bt Zakira dan Ustaz Anuar Fitri yang berasal dari Selangor. Majlis bermula pada jam 1 petang diserikan dengan kehadiran jemputan-jemputan BP & HEWI PMRAM serta Taakhi BKPPPM. Tidak ketinggalan juga kehadiran Presiden PMRAM, Ustaz Mohd Shahrizan Hazimie serta Naib Pengerusi HEWI PMRAM, Ustazah Nor Hafiza bt Wahab. Seramai hampir 500 orang tetamu yang mengunjungi majlis walimah pada kali ini yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar perubatan dan pengajian. Walaupun terdapat kekalutan pada awalnya, namun dengan berkat kerjasama dan tungkus-lumus dari semua pihak akhirnya keadaan terkawal. Majlis berakhir pada jam 5 petang. Ustaz Dr. Muhammad Nasiruddin b Mohd Sobri selaku Pengarah program pada kali ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Sambutan AidilAdha BKPPPM 2010

Comments

0 comments to "JENDELA TAAKHI AIDILADHA : BKPPPM"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah