Nov 24, 2010

Kolokium Ilmuan Siri 2 Berjaya Diadakan

0 comments

KAHERAH, 23 November 2010 :Kolokium Ilmuan Siri Kedua telah berjaya diadakan di Dewan Ibnu Jazari DPM MAQAZ Shoubra. Kolokium Ilmuan bersiri ini adalah sambungan daripada siri pertama yang lalu khusus untuk mahasiswa baru.

Seramai 50 orang telah memenuhi Dewan Ibnu Jazari. Bacaan Tahlil & Doa selamat telah diadakan untuk Saudara Abdul Hadi bin Jusoh yang telah kehilangan ayahnya & juga untuk saudara Muhammad Fakhrurrazi bin Mat Salleh untuk datuknya. Selesai bacaan tahlil, program diteruskan dengan pembentangan kertas kerja Kolokium Ilmuan. Kertas Kerja Pertama Bertajuk Amar Makruf Nahi Mungkar telah dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Fadhil bin Hassanuddin bermula jam 8.30 malam hingga 9.45 malam. Pembentang menjelaskan tentang peri pentingnya semua umat islam untuk melaksanakan tanggungjawab Amar Makruf Nahi Mungkar. Selain itu, beliau menyampaikan kisah-kisah yang berlaku di sekitar Mesir yang memerlukan tenaga kerja semua pihak untuk membanteras kegiatan maksiat yang berlaku.Umat islam juga mesti mengetahui tugasnya yang sebenar apabila bergelar seorang muslim.

Manakala Kertas Kerja kedua pula bertajuk diskusi kitab Thaqafah Da'iah karang Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah dibentangkan oleh Ustaz Muhamad Zuhairi bin Zainal Abidin bermula jam 9.50 malam hingga 11.20 malam. Beliau mengupas satu persatu isi kandungan buku tersebut yang mana semuanya berkaitan bekalan-bekalan yang seharusnya ada pada semua pendakwah masa kini. Dalam buku tersebut terkandung juga cadangan buku-buku yang sepatutnya dibaca oleh semua pendakwah bagi melengkapkan diri mereka dengan ilmu & thaqafah untuk berdakwah.

Majlis berakhir dengan pembahagian cenderahati disampaikan oleh saudara Muhamad Ridzuan bin Adzemi selaku pengarah Program & jamuan daripada pihak penganjur.


Comments

0 comments to "Kolokium Ilmuan Siri 2 Berjaya Diadakan"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah