Nov 9, 2010

MAHASISWA SHOUBRA MENYUSURI KEGEMILANGAN KAHERAH, KEINDAHAN ISKANDARIAH

0 comments

LAPORAN JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH 2010

SHOUBRA 18 Oktober 2010 - Seramai 85 orang mahasiswa baru telah menyertai Jaulah Ribat Ukhuwwah Siri Satu Melawat Maqam Sekitar Kaherah di bawah anjuran Unit Sambutan Dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB).

Siri Jaulah Ribat Ukhuwwah dianjurkan bagi memberi peluang pada mahaiswa baru menghayati kegemilangan sejarah Islam di Mesir serta menemukan para peserta pada para Ulama’ yang telah banyak berjasa pada ummah seluruhnya. Selain itu, ia menyahut usul DPM MAQAZ Shoubra pada tahun ini dengan memperkasakan Muzakarah Berkelompok dan juga seruan PMRAM ‘Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah’.

Program yang bermula pada jam 7.30 pagi ini telah melawat Maqam Sayyidah Nafisah dan sekitarnya sebelum diteruskan ke Masjid Sultan Hassan, Masjid Imam Rifaei dan Masjid Imam Syafie.

Para peserta menunaikan solat Zohor di Masjid Imam Ibn Atoillah AlSakandari. Destinasi terkahir adalah Kubu Salahuddin Al- Ayubi. Di dalam kawasan kubu ini, para peserta menikmati keindahan seni bina dan mercu tanda pemerintahan Islam yang pernah bertapak di Kota Kinanah ini.

Program diakhiri pada jam 3.00 petang dan para peserta berpuas hati kerana telah dibawa menghayati kegemilangan sejarah yang berada di kota Kaherah ini.

LAPORAN JAULAH RIBAT UKHUWWAH ISKANDARIAH 2010


SHOUBRA 8 November 2010 - Unit Sambutan Dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) DPM (MAQAZ) Shoubra telah menganjurkan Jaulah Ribat Ukhuwwah siri kedua melawat Iskandariah.

Program ini merupakan lanjutan dari siri pertama bertujuan untuk memberi pendedahan megenai sejarah Mesir khususnya di Iskandariah. Selain itu, program ini menjadi medan terbaik bagi merapatkan ukhuwwah serta memantapkan Muzakarah Berkelompok mahasiswa baru.

Rombongan yang melibatkan seramai 128 orang bertolak pada jam 8.30 pagi dari Markaz DPM (MAQAZ) Shoubra. Persinggahan pertama para peserta adalah Qaryah Asad, sebuah zoo di pertengahan perjalanan menuju Iskandariah. Tepat pada jam 1.00 petang rombongan telah memasuki kawasan Iskandariah dan terus menuju ke Muntazah. Di sini, para peserta menikmati keindahan kota Muntazah dengan dibimbing oleh fasilitator Muzakarah Berkelompok masing-masing.

Destinasi seterusnya, rombongan bergerak menuju ke Qal’ah Qaitbey dengan melintasi Maktabah Iskandariah. Pada jam 5.00 petang para meneruskan perjalanan ke Masjid Imam Abu Abbas Al- Mursyi serta melawat maqam Ulama besar tarikat As-Syazilli tersebut.

Lawatan kali ini ditangguhkan setelah rombongan melawat maqam Nabi Daniel dan Luqman Al-Hakim. Rombongan sampai di Shoubra pada jam 10.00 malam.

Pihak DPM (MAQAZ) Shoubra merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan siri Jaulah Ribat Ukhuwwah DPM (MAQAZ) Shoubra pada tahun ini.

Comments

0 comments to "MAHASISWA SHOUBRA MENYUSURI KEGEMILANGAN KAHERAH, KEINDAHAN ISKANDARIAH"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah