Nov 8, 2010

DPM (MAQAZ) SHOUBRA MENANGISI KEHILANGAN DUA PEDANG BERNILAI

0 comments
Suasana sedih lagi sayu mengisi ruangan udara bumi Shoubra apabila dua ‘pedang’ yang banyak menumpahkan jasa di peringkat PMRAM Pusat dan PMRAM cawangan Shoubra telah pulang ke Malaysia. Kedua pedang yang dimaksudkan adalah Saudara Saifullah Misroo dan Saudara Saiful Anuar Suleh Wan Kurdi. Kedua mereka yang masing- masing merupakan mantan Timbalan Pengerusi sesi 2010/2011 dan  mantan Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Qiraat.


Saudara Saifullah Misroo telah berkhidmat di DPM (MAQAZ) Shoubra dengan cemerlangnya. Keterlibatan beliau selama tiga tahun di DPM (MAQAZ) dengan menjadi adhoc, fasililator sebelum ditaklif menjadi Ketua Unit Sambutan dan Rehlah sesi 2008/2009 sebelum diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra 2009/2010. Pesanan terkahir beliau, manfaatkan proses pentarbiahan di bumi Mesir ini sebagai sumber kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai Muslim sejati dengan mengambil keberkatan dari para wali Allah yang berada di Bumi Kinanah ini.

Penglibatan Saudara Saiful Anuar Suleh Wan Kurdi di setiap peringkat PMRAM tidak harus dipertikan lagi. Baik di peringkat PMRAM Pusat, DPM (MAQAZ) Shoubra mahupun BKAN merupakan pencapaian membanggakan.

Saudara Saiful Anuar merupakan antara watak penting yang menggerakkan program Taakhi PMRAM zon B. Suara Kampus Gabungan DPM (MAQAZ)  Shoubra, Dewan Perwaklian Mahasiswi Iskandariah (DPMI)  dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir (BKAWM) dan penganjuran Majlis Tautan Mahabbah Taakhi antara jasa terbesar beliau di peringkat Taakhi PMRAM.

Seorang yang cemerlang di lapang pengajian; beliau mendapat keputusan Sofi pada peperiksaan  tahun akhir Syahadah, juga gigih meyumbang di peringkat PMRAM Pusat. Antara kepercayaan yang diberi PMRAM Pusat sebagai Ketua Editor Warta PMRAM 2010.

Pihak pimpinan DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2010/2011 mewakili seluruh ahli DPM (MAQAZ) Shoubra mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala idea, pengorbanan, dan jasa mereka yang tidak jemu untuk menyumbang kepada DPM (MAQAZ) Shoubra. Sesungguhnya DPM (MAQAZ) begitu berbangga memiliki kedua-dua ‘pedang’ yang gigih berjuang meninggikan kalimat Allah di muka bumi ini.

Comments

0 comments to "DPM (MAQAZ) SHOUBRA MENANGISI KEHILANGAN DUA PEDANG BERNILAI"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah