Nov 17, 2010

MALAM GEMA TAKBIR AIDILADHA MENGUBAT KERINDUAN

0 comments

Shoubra,15 November- PMRAM cawangan Shoubra telah menganjurkan Malam Gema Takbir bagi  merasai kehangatan perayaan Aidiladha pada tahun ini. Proram tahunan ini dianjurkan oleh Unit Kebudayaan, Keseian dan Sukan DPM (MAQAZ) Shoubra.

Program dimulai seawal  jam 4.30 ptg dengan majlis Iftar Jamair bersama mahasiswa-mahasiswa Shoubra dan pimpinan seterusnya solat Maghrib secara berjemaah. Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah korban yang disampaikan oleh penasihat DPM II (MAQAZ) Shoubra, Saudara Md Saifullah Nik Abdullah.

Hadirin seterusnya sama - sama menunaikan solat sunat Tasbih sebelum mendengar perutusan Aidiladha 1431 H Presiden PMRAM yang dibacakan oleh Pengerusi PMRAM cawangan Shoubra Saudara Ahmad `Afif Zuhdi Ahmad Zaki.Mengorbankan kepentingan peribadi demi kepentingan ummah sejagat merupakan isi penting yang menjadi initipati utama perutusan dari Presiden PMRAM Saudara Shahrizan Mohd Hazime.

Majlis diakhiri dengan sedikti kudapan malam.Jelas, pengorbanan bukan sahaja menuntut kita meletakkan urusan peribadi dikemudiankan,malah mempertaruh raja kejahatan di hati kita untuk tunduk lesu membina kebaikan yang dituntut syarak.

Comments

0 comments to "MALAM GEMA TAKBIR AIDILADHA MENGUBAT KERINDUAN"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah