Nov 14, 2010

SIRI PENGENALAN PARA IMAM QURRA' : IMAM IBN KATHIR AL MAKKI (SIRI KEDUA)

0 comments


NAMA

Abdullah bin Kathir bin Amru bin Abdullah bin Zaadan bin Fairuz bin Hurmuz.

GELARAN

Abu Ma’bad dan digelar juga Ad Daarimi nisbah kepada Bani Abd Daar.Sebahagian memanggil beliau dengan panggilan Ad Daari kerana peniaga minyak wangi.Bangsa arab menamakan peniaga minyak wangi demikian kerana merujuk kepada Daarain (dua rumah) tempat sumber minyak wangi tersebut yang terletak di Bahrain.

KELAHIRAN

Lahir di Mekah Al Mukarramah tahun 45H. .

SIFAT BELIAU

Bertubuh tinggi lampai dan mempunyai kulit berwarna kuning, langsat,berbulu mata lentik serta rambut dan janggut berwarna putih.Kadang-kadang mengenakan inai pada janggutnya.Seorang imam yang di hormati adalah seorang yang amat fasih ucapan dan lancar dalam menyampai sesuatu perkara. Amat tenang dalam tindakan dan mententeramkan jiwa orang yang memandangnya.

RIWAYAT HIDUP

Imam Ibn Kathir RA merupakan seorang tabiin yang mulia,pernah bertemu muka dengan ramai para sahabat RA di negeri Mekah antaranya Abdullah bin Zubair, Abu Ayyub al Ansori, Anas bin Malik , Mujahid bin Jabar dan Dirbas hamba Abdullah bin Abbas .Beliau menerima bacaan Al Quran daripada Abi As Saib bin Abdullah bin As Saib al Makhzumi, Abi al Hajjaj Mujahid bin Jabar al Makki dan Dirbas hamba Abdullah bin Abbas.Beliau kemudiannya menjadi hakim penduduk Mekah dan ikutan masyarakat dalam bacaan al Quran sehingga dinisbahkan bacaan tersebut kepada beliau.

MURID-MURID BELIAU

1. Ismail bin Abdullah al Qusth
2. Ismail bin Muslim
3. Hammad bin Salamah
4. Al Khalil bin Ahmad
5. Sulaiman bin Al Mughirah
6. Syibli bin A’bbad
7. Abdul Malik bin Juraij
8. Ibn Abi Malikah
9. Sufian bin Uyainah
10. Abu Amru bin Al A’laa
11. Isa bin Umar
12. Imam As Syafie

Imam Syafie telah meriwayatkan bacaan al Quran dengan sanad beliau dan memujinya dengan berkata : “Bacaan kami ialah bacaan daripada Imam Ibn Kathir dan kami mendapati penduduk Mekah membacanya”.

Diriwayatkan daripada al Asmu’ie bahawa dia telah bertanya kepada Imam Abu Amru apakah beliau membaca dengan gurunya Imam Ibn Khathir lalu jawab beliau : “ Ya , aku telah khatam dengan guruku itu selepas aku selesai membaca dengan guruku Mujahid,akan tetapi guruku Ibn Kathir lebih hebat seni Bahasa Arab daripada Mujahid”.

KEWAFATAN

Imam Ibn Kathir wafat pada tahun 120H ketika berusia 75 tahun di bumi barakah Mekah al Mukarramah selepas diriwayatkan pulang dari negeri Iraq setelah beberapa lama bermukim di sana.Beliau memegang jawatan ketua ulama qurra selama masih hidup tanpa ada seorang pun mengatasinya sehingga dijemput Allah SWT.Meninggalkan dua orang perawi yang masyhur Imam Bazzi dan Qunbul.



Disediakan oleh,

Mohd Asyraf Tajuddin,
Felo MANHAL PMRAM.

 SIRI PENGENALAN PARA IMAM QURRA: SIRI PERTAMA

Comments

0 comments to "SIRI PENGENALAN PARA IMAM QURRA' : IMAM IBN KATHIR AL MAKKI (SIRI KEDUA)"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah