Nov 13, 2010
Browse > Home / / UBAH MENTALITI SEBAGAI AGEN PERUBAH MASYARAKAT - SETIAUSAHA PERTAMA KBMK
UBAH MENTALITI SEBAGAI AGEN PERUBAH MASYARAKAT - SETIAUSAHA PERTAMA KBMK
SHOUBRA, 12 Nov- Setiausaha Pertama Hal Ehwal Agama Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), Tuan Haji Abdullah bin Mat menegaskan keperluan mahasiswa Islam di Mesir untuk mengubah mentaliti kepada pandangan yang lebir besar sebagai agen perubah masyarakat. Beliau menegaskan demikian ketika mana menyampai slot motivasi dan taklimat khas di Markaz (DPM) MAQAZ Shoubra, malam tadi.
Beliau yang juga merupakan seorang graduan Universiti Al-Azhar pada tahun 80-an, berkata keperluan masyarakat terhadap golongan Azhari untuk mencorak masa depan negara berada pada yahap tertinggi. Justeru, mentaliti para Azhari haruslah bertindak sebagai seorang pemikir yang aktif bagi menjelamakan hasrat tersebut.
Segala nilai pengajaran yang terdapat dalam lipatan sejarah Islam haruslah dipraktikkan ke ruang aplikasi bagi membuktikan Islam sebagai cara hidup. Sehubungan itu, beliau menggesa mahasiswa Islam untuk mengusai kemahiran yang diperlukan dalam masyarakat.
Keperluan untuk melibatkan diri di dalam persatuan merupakan nilai tambah penting yang perlu ada pada setiap mahasiswa Islam bagi mendepani masyarakat. Realiti masyarakat memerlukan pada mahasiswa Islam yang menguasai ilmu pengurusan dan pentadbiran.
Tambahnya lagi, bagi mengubah mentaliti mahasiswa Islam, amalan membaca buku - buku mengenai pemikiran semasa haruslah disemai bagi membangkit rasa kewaspadaan tinggi terhadap apa yang berlaku sekitar dunia. Beliau memberi contoh bagaimana Mesir bergerak dari zaman pemerintahan Islam kepada zaman sosialis hingga kini kapitalis, adalah hasil dari modal - modal pemikiran yang berjaya mempengaruhi kehidupan rakyat Mesir.
Sehubungan itu, mahasiswa Islam haruslah bersedia mendepani serangan pemikiran ini yang telah berjaya merosakkan mentaliti dan sistem ummat Islam hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments
0 comments to "UBAH MENTALITI SEBAGAI AGEN PERUBAH MASYARAKAT - SETIAUSAHA PERTAMA KBMK"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.