Nov 13, 2010

PMRAM caw. Shoubra, KBMK adakan pertemuan bersama pentadbiran Maahad Qiraat Shoubra

0 comments
Dari kiri: Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra, Mudir Maahad Qiraat Shoubra, Tuan Haji Abdullah bin Mat, Naib Mudir

SHOUBRA, 11 Nov- PMRAM cawangan Shoubra bersama pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah mengadakan pertemuan dengan pihak pentadbiran Maahad Qiraat Shoubra di sini.

Pihak KBMK yang diwakili oleh Tuan Abdullah bin Mat, Setiausaha Pertama Bahagian Hal Ehwal Agama, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) bersama Saudara Ahmad 'Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki, Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra telah bertemu Syeikh Muhammad Ali Mahmud, Mudir Maahad Qiraat Shoubra.

Pertemuan  yang berlangsung selama sejam setengah bermula pada jam 2.30 petang itu, memberi peluang kepada semua pihak bagi sama-sama berkongsi pandangan dan pendapat demi kebaikan bersama. Syeikh Muhammad Ali Mahmud dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada pihak PMRAM cawangan Shoubra dan KBMK atas kesudian mengadakan pertemuan ini.

Tuan Haji Abdullah bin Mat ketika mengulas pertemuan ini berkata, pihaknya berbesar hati dengan kerjasama baik yang diberi oleh pihak Maahad Qiraat Shoubra  kepada kesemua mahasiswa Islam Malaysia yang menuntut di sini. Kunjungan beliau bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai sistem pengajian yang diajar di Maahad Qiraat Shoubra yang banyak berjasa melahirkan ulama'  Qiraat di Malaysia khususnya.

Manakala pihak DPM (MAQAZ) Shoubra menganggap pertemuan ini sebagai signifikan besar antara ketiga-tiga pihak. "Petemuan ini merupakan satu contoh keprihatinan besar pihak KBMK kepada mahasiswa Islam Shoubra. Ini membuktikan Maahad Qiraat Shoubra juga punya standard sama tinggi dengan institusi pengajian lain di Mesir yang cuba dinafikan oleh pihak tertentu. Kita berharap pertemuan ini bakal membuka lembaran baru antara semua pihak." ujar Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra, Saudara Ahmad 'Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki

Comments

0 comments to "PMRAM caw. Shoubra, KBMK adakan pertemuan bersama pentadbiran Maahad Qiraat Shoubra"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah