Dec 4, 2010

Pendaftaran Bukan Penghalang Untuk Menjalinkan Hubungan Baik - Presiden PMRAM

0 comments
MOHANDISEEN, 2 Dis - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menegaskan bahawa PMRAM akan tetap terus menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah walaupun PMRAM berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarkatan Mesir. 

Katanya, soal pendaftaran sebenarnya tidak menjadi penghalang kepada PMRAM untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana pihak demi memastikan kebajikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir terjaga.

Menurutnya, PMRAM merupakan persatuan mahasiswa yang menitikberatkan pembawakan agenda akademik dan kebajikan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Mahasiswa yang ada pada masa kini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.

Justeru, PMRAM mengetuai kunjung hormat seluruh YDP Badan Kebajikan Anak Negeri ke pejabat kedutaan bagi mengadakan pertemuan bersama TYT Duta Prof Madya Dr. Fakhrudin bin Abd. Mokhti.

"PMRAM melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada TYT Duta kerana sudi untuk meluangkan masa bagi mengadakan pertemuan bersama seluruh YDP di setiap peringkat". Ujar beliau ketika ditemui di Pejabat PMRAM.

Katanya lagi, hubungan baik yang telah dibina sebelum ini mesti diteruskan. Beliau memuji pihak KBMK yang turut menyertai gerai pameran Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL) yang diadakan pada awal bulan Ogos bersempena menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia.

Pertemuan yang diadakan kelmarin sebagai bukti bahawa BKAN juga turut menjalinkan hubungan yang kukuh dengan pihak KBMK.

Comments

0 comments to "Pendaftaran Bukan Penghalang Untuk Menjalinkan Hubungan Baik - Presiden PMRAM"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah