(gambar hiasan)
KAHERAH, 5 November 2010 : Jabatan Fasilitator Pusat di bawah Lajnah (Unit) Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM telah mengadakan Muzakarah Berkelompok Gabungan USMB khusus untuk mahasiswa dan mahasiswi baru. Muzakarah Berkelompok ini merupakan kesinambungan daripada Muzakarah Berkelompok USMB yang diadakan di peringkat cawangan masing-masing.
Muzakarah Berkelompok Gabungan USMB ini diadakan mengikut zon yang telah ditetapkan iaitu di Dewan Asrama Rumah Johor yang bertempat di Rab’ah bagi warga Johor & Shoubra. Manakala yang lainnya bertempat di Asrama Rumah Pahang dan Asrama Rumah Kelantan.
Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra telah berjaya menghantar seramai 53 orang ahli Muzakarah Berkelompok bersama 14 orang fasilitator yang terdiri daripada 9 kumpulan. Seramai Hampir 80 orang Mahasiswa yang terdiri daripada warga Shoubra & Johor telah berjaya dikumpulkan.
Satu satu kupasan ringkas oleh Dr Yusuf Al-Qardawi, iaitu “ Kewajipan Pemuda Islam Hari Ini” telah diberikan kepada semua mahasiswa yang hadir.
Diskusi tersebut telah disampaikan oleh Saudara Mujahid bin Mohd Fadzil yang merupakan Ketua Jabatan Fasilitator PMRAM.Diskusi bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir sekitar jam 8.45 malam.
Muzakarah Berkelompok Gabungan ini memberi pendedahan kepada mahasiswa baru mengenai peranan dan kewajipan yang perlu ditunaikan. Satu ringkasan kitab tersebut turut disediakan di bawah seliaan Jabatan Fasilitator Pusat PMRAM sebagai panduan ringkas kepada yang hadir.
Dr Yusuf Al-Qardawi telah mengariskan sebanyak empat kewajipan asas kepada pemuda Islam hari ini. Kewajipan memahami Islam secara sahih, beramal dengan Islam, berdakwah kepada Islam dan bersatu atas dasar Islam merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua pemuda muslim hari ini.
Para pembentang menghuraikan bahawa peri pentingnya para pemuda dan pemudi hari ini untuk menjadi generasi pemuda seperti yang dianjurkan Islam. Ini kerana, generasi pemuda hari ini telah melalui fasa-fasa kegelapan bila mana tidak mengetahui peranan masing-masing. Apatah lagi melihat kepada gejala sosial yang melanda golongan remaja kini. “Islam sepatutnya diambil secara benar tanpa dicampur dengan mana-mana anasir luar yang mengubah kesucian dan kemurnian Islam”, tegas pembentang. Semua peserta pulang sebaik sahaja diskusi selesai.
sumber:HEWI PMRAM
Comments
0 comments to "MAHASISWA BARU SHOUBRA BERI SAMBUTAN MENGGALAKKAN PADA MUZAKARAH BERKELOMPOK GABUNGAN PMRAM"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.