Nov 7, 2010

KELAS PENGAJIAN TAFAQQUH QIRAAT BERMULA

0 comments

SHOUBRA, 4 Nov-Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPM ( MAQAZ) SHOUBRA telah menganjurkan kelas pengajian Syarah Qiraat Matan Syatibi di Dewan Ibnu Jazari kali pertama baru-baru ini. Pengajian tersebut yang terbuka kepada semua pelajar Maahad Qiraat Al-Azhar telah berjaya menarik kira-kira 30 orang ahli.


Kelas ini yang dikedalikan oleh Syeikh Muhammad Abd Nabi akan berlangsung pada hari Khamis selepas Asar setiap minggu di Dewan Ibnu Jazari.

Menurut Saudara Muhammad Naim Abd Rahim, Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPM (MAQAZ) Shoubra antara tujuan pengajian tersebut diadakan bagi memantapkan semula yang Matan Syatibi yang telah dipelajari sejak di Malaysia lagi.

Justeru, pihak DPM (MAQAZ) Shoubra menyeru kepada semua bagi sama-sama kita memeriahkan lagi pengajian tersebut pada minggu hadapan dan seterusnya.

Comments

0 comments to "KELAS PENGAJIAN TAFAQQUH QIRAAT BERMULA"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah